Monday, January 21, 2013

Sambutan Ulang Tahun Pertama




Pada 27/01/2013 (ahad) para peniaga Garage Sale Anggerik Mall Shah Alam, Selangor Malaysia,Persatuan peniaga Anggerik Mall dan kerjasama Kelab/Persatuan/Kumpulan/Grup Facebook seperti Kelab Barang Lama (KEBAL),Antique Porcelin Collector/Club (APC),Pinggan Mangkuk Lama (PML),Nescafe/Milo,Kelab-kelab berkaitan Numismatik (matawang).Program ini juga akan disertai oleh ahli-ahli daripada Horology 4 Unity (peminat mesin kejuruteraan masa (jam),Kelab Botology (Pengkaji botol lama Malaya) Peminat barangan Coke/Pepsi  dan pelbagai cabang/minat dalam arena pengumpulan barang-barang koleksi.Program ini diharap dapat menghimpunkan seluruh komuniti tersebut di bawah satu bumbung kerana program sedemikian jarang dianjurkan dan diharap acara ini menjadi tanda aras/kayu pengukur dan akan menjadi acara tahunan.Diharap program ini mendapat kerjasama dan sokongan daripada peminat/pengumpul daripada seluruh Tanah Air dan rantau berdekatan.

Program ini juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu melihat keunikan koleksi yang dipamerkan oleh para peserta.Sesi jualan turut diadakan bagi mereka yang mahu menambahkan koleksi. 

"BERSAMA MEMELIHARA WARISAN"

"BUKAN SEKADAR HOBI"

2 comments:

Dato Sharuddin Yusof said...

Tahniah kepada Penganjur Program ini yang berjaya menhimpunkan pelbagai kategori baranga lama dan antik . dan penglibatan Kelab Warisan Numismatik sangatlah baik dan tepat sekali dalam Pameran ini . Terima kasih Encik Faizal .

kedaiipohloken said...

terbaik!! datang jangan tak datang semua