Monday, April 30, 2012

PINGAT PERINGATAN HARI MALAYSIA 1963


RM 280

N/B: Pingat peringatan Malaysia 1963 dikeluarkan sempena memperingati penggabungan Negeri Sabah dan Sarawak di dalam persekutuan Malaysia.Disebabkan itu  16 Setember setiap tahun telah diistiharkan sebagai Hari Malaysia.

Thursday, April 26, 2012

BARANG ANTIK PERTAMA YANG DIMILIKI

Minat mengumpul saya sudah berputik sejak dari kecil iaitu mengumpul syiling yang dijumpai @ pemberian daripada sesiapa sahaja,mengumpul setem yang dikopek daripada surat yang dikirim oleh saudara mara,rakan2  pada musim perayaan dll.Kini budaya mengirim surat semakin hilang,kerana perkembangan teknologi spt SMS, EMAIL,BLOG,FACEBOOK dll. 
Minat kepada barang antik/lama juga adalah rentetan daripada minat di atas.Cuma yang membataskannya adalah kekangan kewangan pada waktu itu.Maklumlah masih bersekolah.Melainkan barang2 peninggalan dari kaum kerabat sendiri.
Kini setelah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri,kegiatan ini semakin rancak dan berjalan dengan lancar (Insya'Allah,Amin).Dengan bantuan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama,secara tidak langsung mencambahkan lagi pengetahuan dengan dunia antik ini. 




Lampu kabaid ini  digunakan oleh para pelombong biji timah di Sg.Lembing,Kuantan Pahang  pada masa dahulu.Lombong tersebut adalah lombong yang terpanjang dan terdalam di dunia.Akibat kemerosotan harga biji timah pada tahun 1980 an.Lombong tersebut terpaksa ditutup,yang tinggal padanya adalah nostalgia.......ikuti catatan peristiwa sewaktu saya berkunjung ke sana dahulu.http://edeen2012.blogspot.com/2012/03/kunjungan-ke-bandar-mati-sg-lembing.html


Monday, April 23, 2012

KELAB WARISAN NUMISMATIK


Numismatik (bahasa Latinnumisma, nomisma, "koin"; dari bahasa Yunaniνομίζειν nomízein,) adalah sebuah pengajian atau kegiatan mengumpulkan matawang  termasuk duit syiling, token (alat penukaran), wang kertas dan benda-benda berkait lainnya. Koleksi numismatik terdiri dari benda-benda  seperti wang kertas, duit syiling dan token yang pernah beredar dan digunakan oleh masyarakat. Numismatik mempelajari antara lain, sejarah mata wang itu sendiri, cara pembuatannya, ciri-cirinya, variasi (kepelbagaian) yang ditemukan, pemalsuannya, sejarah politik terbentuknya mata wang tersebut dsb.




MESYUARAT PERTAMA AHLI JAWATANKUASA KELAB WARISAN NUMISMATIK 
TARIKH : 22.4.2012
MASA : 2.30PM-6.00PM
TEMPAT : VISTANA HOTEL, KUANTAN


SENARAI AHLI JAWATANKUASA KELAB WARISAN NUMISMATIK

PRESIDEN : DATO’ SHARUDDIN BIN YUSOF DIMP AMP
TIMBALAN PRESIDEN  :  TUAN HAJI AZMI BIN ABD. MALIK
SETIAUSAHA  :    HAMDAN BIN ABD. GHANI
BENDAHARI   :  TUAN HAJI ABDUL RAHIM BIN OTHMAN
SETIAUSAHA KERJA  : FURQAN RABBANI BIN SHARUDDIN
AHLI JAWATANKUASA  :

1) ABDUL RAHIM BIN MOHAMMED SAID
2) MANSOR BIN JUSOH
3) SAIDAN NAZRI BIN YUSOF
4) MD. RADZAIMI BIN AB. RAHMAN
5) EFFENDY BIN HARUN
6) SALLEH BIN MAT TAHAR
7) FAIZAL IZWA BIN NAWI
8) HUSNI BIN YUSOF
9) ABDUL RAHMAN BIN AHMAD
10) SILMON LOO
11)DANNY YONG YEW CHAN
12)HARUN BIN OTHMAN


1) Matlamat Kelab Warisan Numismatik

1.  Memperkenalkan dan mempromosikan nama NUMISMATIK kepada umum seluruh negara.
2.  Mengumpul dan menyatukan ahli Numismatik yang berada di merata tempat Secara persendirian agar sudi berteduh di premis Kelab Warisan Numismatik.
3.   Membimbing ahli bagi aktiviti mengumpul, menjual dan membeli duit-duit lama. 
4.   Memberi Ilmu pengetahuan melalui seminar dan latihan bagi mendalami ilmu numismatik.
5.   Mengadakan pameran dan karnival jualan duit-duit lama.
6.   Membantu membuat pengredan dan menilai sesuatu duit yang ditemui oleh ahli Numismatik.
7.   Menjalin kerjasama dan kunjung hormat kepada jabatan-jabatan,  NGO,  dan individu yang berkaitan dengan Numismatik.


2) Aktiviti Kelab Warisan Numismatik 

  1. Kelab Warisan Numismatik akan mengeluarkan kad keahlian dan sijil keahlian kepada setiap ahli kelab
  2. Kelab Warisan Numismatik akan mengadakan pameran, menjual dan membeli duit-duit lama: 
  •     Setiap hari sabtu 2 minggu sekali bertempat di Teluk Chempedak Kuantan dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Pahang.
  •     Setiap hari ahad setiap minggu bertempat di Taman Kerang Kuantan Pahang 

  1. Kelab Warisan Numismatik sedang merancang untuk mengadakan aktivit kunjunghormat ke Jabatan Kerajaan dan lawatan 
  • Pada 26.4.2012 ke Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan Negeri Pahang Kuantan.
  • Cadangan lawatan sambil belajar ke Kilang Duit Kertas pada bulan Jun 2012
Giesecke @ Devrient Malaysia Sdn Bhd ,
Off Jalan Delima 1/1 Batu 3,
40150 Shah Alam Selangor.

  1. Kelab Warisan Numismatik bercadang mengadakan Seminar Mendekati Dan Mengenali Duit Siling Malaysia Dan Duit Error pada November 2012.
  2. Mengadakan program Karnival Numismatik dan Ramah Mesra sempena genap setahun penubuhan Kelab Warisan Numismatik pada 1/4/2013
 3) Keahlian Kelab Warisan Numismatik

  •        Keahlian terbuka pada seluruh rakyat Malaysia yang terlibat dengan aktiviti mengumpul duit lama
  •        Yuran keahlian seperti berikut :


Yuran Keahlian           : RM20.00
Sijil Keahlian               : RM10.00
Kad Keahlian              : RM30.00
Jumlah                         RM60.00

Semua ahli Numismatik dijemput untuk menjadi ahli Kelab Warisan Numismatik.Sebarang pertanyaan dan keterangan lebih lanjut untuk menjadi ahli boleh menghubungi No. Tel 019-9985858 (Presiden) dan 013-9397888 (Setiausaha) atau pos ke alamat

KELAB WARISAN NUMISMATIK
No. 3A Kedai 20 Unit Nadikota,
26400 Bandar Jengka,
Pahang Darul Makmur.
Tel : 609-4664270
Fax : 609-4664270

N/B: Kepada rakan-rakan yang sudah lama berkecimpung dalam mengumpul duit lama/baru @ baru berjinak2 dengan hobi ini.Jangan segan @ malu untuk menyertai kelab ini.Anda di alu-alukan

Sunday, April 22, 2012

RADIO LAMA UNTUK DIJUAL



Jenama Sanyo RM 250

N/B: Hanya radio masih berfungsi/getah pemutar kaset harus ditukar jika mahu menghidupkan fungsi kaset.Saya boleh dihubungi di talian 019-699045.Terima kasih

Friday, April 20, 2012

KIPAS UNTUK DIJUAL


SUDAH DIJUAL

N/B: Kipas jenama KDK ini masih berfungsi dengan baik.Saya boleh dihubungi di talian 019-6199045.Terima kasih
-Bilah besi

Thursday, April 19, 2012

KAKI LILIN UNTUK DIJUAL

 RM 180

 RM 140

RM 120

N/B: Saya boleh dihubungi di talian 019-6199045.Terima kasih

Wednesday, April 18, 2012

KOLEKSI DUIT KERTAS NEGARA KITA

Nilai dari 1 sen-50 sen tahun 1941 King George
(Duit Penjajah Inggeris (British) 

1 Dolllar-10 Dollar 1941 King George
(Duit Penjajah Inggeris (British) 

 1 Dollar-10 Dollar 1953 Queen Elizabeth
(Duit Penjajah Inggeris (British) 

Tengah- 10 Dollar Kerbau Bajak 1961
Bawah-1 Dollar Kapal Layar 1959










 Paling atas-Duit RM 50 peringatan Sukan Komonwel 1998


 Duit selepas Merdeka dari tahun 1967-kini


Tidak dilupakan duit Penjajah Jepun dari tahun 1942-1945

N/B: Sebahagian koleksi saya yang tidak seberapa.Masih banyak yang tidak lengkap.Harga pasaran duit-duit lama semakin meningkat dari tahun ke tahun.Untuk mengekalkan harga sesuatu duit kertas.Ianya perlu dijaga dengan baik,tidak berlipat,tidak kotor,tidak koyak/berlubang dan perlu berada di dalam  keadaan asal (tidak dibasuh,diseterika dll)
-Sorotan sejarah,generasi pertama yang menentang Inggeris (British) dianggap Wira/Pahlawan/Pejuang dll.Tetapi apabila sistem Residen diterima,mereka yang menentang Inggeris (British) di anggap pula sebagai Pengkhianat/Pertualang dll.Fikir-fikirkanlah....

Monday, April 16, 2012

MESIN JAHIT TANGAN UNTUK DIJUAL



RM 850

N/B: Mesin jahit tangan ini direka oleh pengasas Syarikat mesin jahit terkemuka SINGER (Isaac Merritt Singer).Saya boleh dihubungi di talian 019-6199045.Terima kasih

Sunday, April 15, 2012

GRAMAFON UNTUK DIJUAL

RM 850

N/B: Gramafon ini buatan Negara India.Bukan barang lama/antik.Dibuat baru untuk mengembalikan nostalgia pada zamannya.Peniruan jenama His Master Voice (HMV).(Saya tidak tahu dengan izin @ tidak.)Satu jenama yang terkenal dalam pengeluaran peti nyanyi.Masih berfungsi dengan baik.Untuk piring batu 78 RPM.

-Negara India dan China banyak mengeluarkan/meniru (re-production) semula barang-barang lama/antik dalam kapasiti yang banyak.Hal ini berlaku mungkin kerana permintaan dan keghairahan orang ramai untuk memiliki barang-barang lama/antik.Tidak salah untuk memilikinya cuma kita perlu tahu barang yang dibeli oleh kita supaya tidak tertipu kerana membayar dengan harga yang tinggi.Seolah-olah kita membayar harga bagi barang-barang yang betul-betul lama/antik.
-Pembeli/pengumpul pula ada pelbagai ragam,ada yang mengumpul hanya barang-barang yang betul-betul lama/antik.Ada juga yang mengumpul barang,asalkan ianya berimej antik.
-Dari segi harga,barang yang asal/asli memang lebih tinggi/mahal daripada yang dibuat semula (re-production).Jadi terpulang kepada kita untuk memilih sesuai dengan "pegangan" kita.
-Kesimpulannya,tanyalah mereka yang lebih arif kerana kita sentiasa terdedah dengan kesilapan walaupun kita telah berhati-hati.Kepada mereka yang arif,janganlah menyombong diri,berkongsilah kepakaran anda.Kerana kita semula bermula dengan 'kosong'.

Saturday, April 14, 2012

TALAM TEMBAGA MOTIF MESIR KUNO


Ukuran 49 CM SUDAH DIJUAL

N/B:Sesuai digantung di dinding rumah kerana sudah mempunyai penyangkut. Saya boleh dihubungi di talian 019-6199045.Terima kasih

Friday, April 13, 2012

JAM DINDING UNTUK DIJUAL


Takeda Clock Japan SUDAH DIJUAL

N/B: Jam dinding ini masih berfungsi dengan baik.Saya boleh dihubungi di talian 019-6199045.Terima kasih

Thursday, April 12, 2012

KOLEKSI MEDAL

 Medal Pingat Perkhidmatan Setia (PPS)

Medal Negeri Selangor

 Medal (tembaga) peringatan hari pembentukan Malaysia 1963


 Medal (perak/silver) Perkhidmatan Kerajaan British di Tanah Melayu (Malaya) 
kepada anggota pasukan berunifom yang pernah bertugas di bawahnya.