Sunday, February 2, 2014

Lubuk barang lama/antik/pengumpulan


Rare & Collectables

  • PG17,Perdana Shopping Center,Bandar Damansara Perdana
  • 47820 Petaling Jaya, Malaysia  016-9003482 (Rizz)


  • Disini saya menjual pelbagai jenis barangan lama terutamanya pinggan, mangkuk,teko,beg lama,collectable item spt coke,pepsi,7up dll. Sila hubungi atau sms saya di 0172422693 (Liza).Kalau nak tengok dengan lebih dekat datanglah ke Kedai saya di Anggerik Mall,Shah Alam.

  • Goldenlights Antiques & Curios
    E-2120 Jalan Dato Wong Ah Jang 25100
    Kuantan Pahang Darul Makmur
  • Silmon Loo 0129526933

Wednesday, January 15, 2014

Nostalgia Semalam

Sebelum banjir

Selepas banjir

Akhbar Sinar Harian bertarikh 17 Disember 2013


 KUANTAN –  “Bimbang tidak boleh keluar ke jalan utama saya nekad meninggalkan kedai dan hanya berputih mata melihat barang-barang antik serta lama ditenggelami air."

Demikian luahan pemilik restoran dan kedai antik, Faizal Izwa Nawi, 32, yang turut menjadi mangsa banjir, baru-baru ini di Perkampungan Sungai Isap Damai, dekat sini.

Menurutnya, memandangkan perniagaannya berkonsepkan restoran yang turut menjual barangan antik dan lama jadi kerugian dialami lebih berganda iaitu kira-kira RM10,000.

“Memang sudah menjangkakan akan berlaku banjir seperti yang berlaku sebelum ini tetapi saya rasa mungkin paras lutut sahaja jadi hanya kemas sebahagian sahaja dan memindahkan barang-barang kedai yang perlu.

“Tetapi tidak sangka pula air yang masuk ke dalam kedai kira-kira empat kaki tingginya dan menenggelamkan sebahagian barang-barang termasuk perhiasan antik terutama yang saya jadikan paparan untuk pelanggan melihatnya.

“Selain barang elektrik dan perabot kedai yang musnah, barang antik dan lama yang masih boleh digunakan juga telah rosak seperti radio, pemain piring hitam, televisyen hitam putih, almari perhiasan dan banyak lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

 Dalam pada itu, katanya, adakala terbit juga kelegaan kerana dalam masa yang singkat dan air yang naik secara mendadak tidak semua barangan kedai dan antik rosak kerana ada yang berjaya diselamatkan.

“Mujur di bahagian atas kedai telah dibuat sedikit penambahan untuk menyimpan stok barang-barang antik dan lama beberapa bulan lalu jadi mampu mengelakkan kerugian dialami lebih besar lagi.

“Walaupun ada juga barang-barang rosak, saya akan cuba melihat kembali dan membaiki setakat yang mampu.

“Semua ini mengambil masa agak lama untuk kembali pulih kerana ada sesetengah barang memerlukan kepakaran untuk dibaiki,” katanya.

Sementara itu, katanya walaupun kerugian mencecah puluhan ribu namun tidak menyalah mana-mana pihak kerana bencana banjir tidak boleh dijangka.

“Kalau nak ikutkan perumahan di hadapan kedai ini lagi teruk mengalami kerugian dan membimbangkan daripada kedai saya.

“Namun saya tetap bersyukur dengan musibah ini asalkan kami semua tidak terlibat daripada sebarang kemalangan jiwa di musim ini.

“Apa pun yang berlaku saya masih mahu meneruskan perniagaan di sini dan sedang berusaha untuk membersihkan kedai memandangkan tidak ada masalah lain untuk berniaga melainkan banjir sahaja pada setiap hujung tahun,” katanya.