Tuesday, November 6, 2012

13hb MEI 1969




Sijil penghargaan ini berbunyi......Dengan nama tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasehani.....ada-lah di-nyatakan sijil ini-sampaikan kapada ENCHE GOVARTHANAPANY sebagai tanda penghargaan kerajaan malaysia atas jasa perkhidmatan dan kerjasama dengan kerajaan malaysia daripada tercetus-nya keadaan dharurat pada 13hb mei 1969, dalam usaha2 bagi mengujudkan semula keharmonian kehidupan bersama pendudok negara ini demi keselamatan,keamanan dan kema'amoran negara.di-dalam memberi sumbangan-nya ENCHE GOVARTHANAPANY tidak menghiraukan bahaya yang mungkin di-hadapi,harta benda yg mungkin terancham,masa dan tenaga yang terkorban.sikap dan tingkah laku-nya itu telah menunjokkan kesedaran di-atas tanggong-jawab-nya kapada negara,yg mana sangat2-lah di-sanjong tinggi oleh kerajaan.ada-lah di-harap dgn ada-nya penghargaan ini satu semangat baharu akan lahir untok ENCHE GOVARTHANAPANY berusaha dengan lebeh giat lagi bagi menchapai perpaduan yang erat di-antara semua pendudok di-malaysia ini

.BERSATU DAN BERJAYA-LAH MALAYSIA

.termaktub di-bangunan parlimen,malaysia pada 31hb OGOS 1969

.ditandatangani oleh YDA Ke 4 Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III..........


N/B:kata saya..lupakan detik hitam itu.hargailah keamanan yang dikecapi oleh negara kita.hormat menghormati amalan kita.negara kita mempunyai asas yang telah dipersetujui oleh datuk nenek moyang kita.ke mana pun kita pergi merantau, asal usul kita tetap mengikuti kita.ke arah malaysia yg lebih baik.dirgahayu malaysia