Wednesday, November 27, 2013

Chendol Klasik Malaya Kuantan



 CKM sebenarnya cuba menggabungkan konsep kedai makan berdekorasi serba sedikit brg2 lama dan juga kedai menjual barang-barang pengumpulan/hobi/barang lama dan antik yang diletakkan di bawah 1 bumbung.Supaya mereka yang datang ke sini,tidak pulang dengan tangan @ perut kosong......


 (1)
 (2)
 (3)
(1)(2)(3)  Bahagian atas yang menempatkan barang-lama untuk dijual


 Menu asas adalah Chendol/ABC dan Mee Udang/Nasi Ayam serta makanan bergoreng seperti keropok/pisang goreng,cucur udang,cekodok pisang.Menu-menu lain akan ditambah mengikut kesesuaian dari semasa ke semasa.

Hari sabtu tidak beroperasi.Segala info berkaitan boleh didapati di https://www.facebook.com/pages/Chendol-Klasik-Malaya-CKM/389044264537114

Saturday, September 14, 2013

Undang-undang Islam gemilang sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu

Buat mereka yang tidak yakin dengan perundangan islam selepas dijajah ratusan tahun,semoga ada kesedaran dalam kehidupan berugama.

Oleh Zainul Rijal Abu Bakar (majlis peguam syariah)
14/06/2010

Usaha penjajah Inggeris pisahkan urusan sivil, keagamaan dalam pentadbiran negara berjaya

SEBELUM kedatangan penjajah, Tanah Melayu sudah melaksanakan undang-undang Islam dalam urusan kehidupan seharian. Umat Islam diadili di hadapan Sultan, Raja, pemerintah kawasan dan sebagainya berdasarkan undang-undang Islam dalam semua urusan termasuk hal-ehwal kekeluargaan, muamalat dan jenayah.

Undang-undang awal di Tanah Melayu menitikberatkan undang-undang Islam. Ini dapat dilihat umpamanya di dalam Undang-Undang 99 Perak dan Kanun Melaka kebanyakan undang-undangnya adalah berteraskan Islam.

Apabila Inggeris datang ke Tanah Melayu, mereka mengetahui dan menyedari undang-undang Islam adalah undang-undang yang diterima pakai dan dilaksanakan di sini. Jika kita merujuk kepada kes yang diputuskan di mahkamah, hakim Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu ketika itu tidak menafikan kedudukan undang-undang asal yang dilaksanakan.

Contohnya dalam satu kes iaitu Rahmah lwn Laton yang diputuskan pada 1927, mahkamah memutuskan undang-undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi ia adalah undang-undang asal yang diterima pakai serta dilaksanakan di Tanah Melayu.

Selepas Inggeris menduduki Tanah Melayu, pihak Inggeris dan Raja-Raja Melayu memeterai beberapa perjanjian atau dipanggil triti. Dalam triti itu, diletakkan syarat Residen Inggeris dibenarkan memberi bantuan kepakaran dalam mentadbir urusan negara kepada pihak Sultan.

Namun begitu, residen tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran agama serta pelaksanaan undang-undang Islam di Tanah Melayu. Pada ketika itu, urusan undang-undang mula dibahagikan kepada aspek yang terpisah. Undang-undang muamalat atau transaksi dianggap urusan keduniaan yang tidak berkait dengan Islam.

Begitu juga kedudukan undang-undang jenayah. Akhirnya dianggap urusan agama dan adat-istiadat hanya merujuk kepada urusan ibadah khususiah orang Islam dan juga urusan perkahwinan yang dipanggil ‘undang-undang diri’ serta beberapa kesalahan membabitkan hukum agama yang khusus seperti tidak berpuasa dan sebagainya.

Selepas menguasai Pulau Pinang pada 1786, Inggeris berusaha bersungguh-sungguh membawa undang-undang mereka ke sini. Mereka menubuhkan mahkamah dan melantik hakim yang mahir undang-undang Inggeris untuk bertugas dan mengadili kes di Tanah Melayu. Perkara sama berlaku di Singapura dan Melaka.

Inggeris juga memperkenalkan tiga piagam dipanggil ‘Charters of Justice’ (Piagam Keadilan pertama) pada 1807, (Piagam Keadilan kedua) pada 1826 dan (Piagam Keadilan ketiga) pada 1885. Semua ini bertujuan mengangkat taraf undang-undang Inggeris dan secara tidak langsung menenggelamkan serta menyisihkan undang-undang Islam yang dulunya diamalkan sebagai undang-undang asas (lex loci).

Campur tangan secara langsung terhadap urusan kekeluargaan orang Islam di Tanah Melayu juga berlaku pada 1880. Inggeris memperkenalkan satu ordinan dipanggil ‘Muhammedan Marriage Ordinance’ (Ordinance no. 5, 1880). Ordinan ini digubal dengan tujuan untuk menetapkan sejauh mana undang-undang Islam boleh diterima dan diiktiraf mahkamah.

Dengan terlaksananya ordinan ini juga, maka cita-cita dan usaha British untuk memisahkan di antara urusan sivil dan keagamaan yang dirancang sejak kedatangannya ke Tanah Melayu mula terzahir dengan begitu jelas.

Apa yang berlaku sebenarnya menunjukkan Inggeris campur tangan secara langsung dan tidak langsung terhadap perkara yang berkaitan dengan agama dan juga adat-istiadat Melayu. Dalam ordinan itu juga, perkara mengenai pendaftaran perkahwinan dan perceraian orang Islam, pengiktirafan kepada kedudukan kadi dan peraturan terhadap harta perempuan yang berkahwin, diperuntukkan.

Apabila Inggeris menguatkuasakan undang-undang Muhammadan Marriage and Divorce Registration Enactment Chapter 197 of Revised Law of Federated Malay States, 1935, ia lebih memusatkan kepada aspek pentadbiran seperti pendaftaran perkahwinan, perceraian dan rujuk serta sedikit hukum asas dalam perkahwinan.

Ia bertujuan memudahkan British mengawal selia urusan kekeluargaan masyarakat Islam di samping cuba mengekalkan polisi tidak mencampuri hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu secara langsung dan tidak menghina amalan sedia ada.

Bermula pada awal 1950-an, tindakan pertama dijalankan dengan tergubalnya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, Selangor 1952 yang mengandungi urusan penubuhan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor yang membantu Sultan dalam mentadbir perkara berkaitan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.

Hak dan kuasa majlis, peraturan mesyuaratnya, penubuhan Jabatan Agama Islam, pelantikan Mufti dan Jawatankuasa Fatwa. Enakmen Pentadbiran 1952 ini juga memperuntukkan perkara berkaitan dengan urusan wakaf, nazar, zakat, fitrah, pungutan khairat, hal-ehwal wang amanah, pengurusan masjid dan pelantikan pegawainya.

Aspek kekeluargaan ada diperuntukkan tetapi tidaklah terperinci. Ia hanya meliputi urusan pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembubaran perkahwinan, harta sepencarian, penjagaan anak-anak, nafkah anak-anak dan isteri, anak sah taraf dan sebagainya.

Kandungan Enakmen Pentadbiran 1952 ini sebenarnya lebih kepada menggabungkan pelbagai undang-undang pentadbiran agama Islam dan menggantikan pemakaian kanun Muhammadan Enactmen.

Jelaslah campur tangan British secara langsung dan tidak langsung terhadap undang-undang Islam sudah berlaku. British meninggalkan kita hampir 53 tahun lalu tetapi kita masih di takuk lama dalam usaha mengarusperdanakan syariah.
Kegemilangan undang-undang Islam pra-British perlu dikembalikan.

Undang-undang Islam yang dipinggirkan itu perlu diletakkan semula ke tempatnya kembali. Walaupun ada usaha untuk memartabatkan undang-undang Islam di pelbagai pihak, nampaknya kehendak politik masih membataskan kejayaan meletakkan Islam sebagai agama bagi persekutuan pada hakikatnya sebenar.

Monday, August 26, 2013

HENRY GURNEY





Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya... Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.
Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948).
Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.
Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948)yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.

Malangnya, nama beliau di sanjung di Tanah Melayu. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda.
Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!
Elok sangat guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.

sumber :FB

Nota bawah: terima kasih PKM kerana membunuh beliau, Penentangan PKM menentang penjajah British adalah baik,cuma mahu menghidupkan fahaman komunis dan bercita-cita mendirikan negara komunis adalah tidak cocok dengan inspirasi penduduk Tanah Melayu terutama oleh Bumiputera Melayu Islam,lebih-lebih lagi pada waktu itu bangsa cina adalah pendatang di Tanah Melayu. Disaat ada umat Melayu yang menentang penjajahan British ada juga umat melayu yg bersengkokol dan mempertahankan ketuanan Inggeris.Jadi APA PILIHAN YG ADA? sesungguhnya setiap penentangan/pemberontakan/peperangan akan memakan korban..Kini sudah tiba masanya helaian lembaran sejarah diselak supaya kita lebih memahami erti sebenar perjuangan bangsa yang merdeka.......


Saturday, June 22, 2013

Sejarah oh sejarah...........

Bilakah buku sejarah negara kita akan dibedah dan diperbetulkan faktanya atas sesuatu isu/kejadian.Seperti contoh,kita diberitahu Pejuang Negeri Pahang iaitu Mat Killau@ Mat Siam telah dibunuh oleh pihak British sewaktu melarikan diri ke Siam pada zaman tersebut.Dengan Izin Allah S.W.T dalam tahun 60 an beliau telah menonjolkan diri dan mendedahkan rahasia yang selama ini disimpan bahawa beliau adalah pahlawan terbilang tersebut.Bahkan beliau juga sempat menyambut kemerdekaan pertama (1957) Tanah Melayu di Padang MPK (Kuantan).Sebab mengapa beliau masih menyembunyikan diri walaupun  negara telah merdeka adalah kerana beliau menyangka dirinya masih dianggap penderhaka.Penderhaka kerana menetang British? Nah ! inilah yang berlaku kepada pejuang2 pembebasan Tanah Air.Sebelum sistem Residen diterima.Mereka ini ditatang sebagai minyak yang penuh kerana tumpah taat setia kepada penguasa.Menjaga segenap penjuru wilayah negeri daripada anasir jahat.Apabila sistem residen diterima,mereka ini pula dianggap penderhaka/pengkhianat dsb.Ya,Allah bukakanlah pintu2 rahasia negara dan bangsa kami,semoga kami mengetahui hakikat sebenar,untuk kami mengetahui mana dia intan dan kaca,yang mana perjuang,yang mana pertualang,tidak kira apa status mereka....amin....





Al-Fatihah untuk bunga-bunga bangsa yang telah gugur membela Tanah Air...Semoga roh mereka dicucuri rahmat.....

Monday, June 10, 2013

Pameran,jualan dan seminar berkaitan Numismatik di Kuantan Pahang




Tarikh    : 15.06.2013 (sabtu)
Masa     : 8.00 pagi - 2.00ptg
              -  Perasmian oleh
                 YB Dato Hj. Sharkar bin Hj. Shamsuddin
                 Pengerusi Jawatankuasa Pelancungan dan Kebudayaan
                 Negeri Pahang.
              -  Majlis Pameran dan Jualan  numismatik
                                          (SEMUA DIJEMPUT HADIR)

              - 2.00ptg-5.00ptg
                 Seminar Error Coin Malaysia Peringkat kebangsaan
                       (              MEREKA YANG MENDAFTAR SAHAJA)
                                
Tempat  : Hotel Shahzan Inn Kuantan , Pahang . (berdekatan Masjid Besar  dan padang MPK)

Kehadiran : Terbuka kepada semua ahli Numismatik Malaysia dan Singapura

Urusetia    : Kelab Warisan Numismatik Malaysia
                  Phone : 0139227750 , 0199185858
                 

Semua ahli Numismatik di Jemput hadir beramai-ramai ke Majis Perasmian tersebut . Dan sekiranya tuan-tuan mempunyai barang jualan amatlah digalakan untuk menyertai Pameran dan Jualan tersebut .  Kelab Warisan Numismatik Malaysia amat berharap tuan-tuan dapat datang ke majlis ini sebagai tanda kita semua adalah ahli NUMISMATIK  yang menyokong setiap aktiviti yang diadakan .

http://sharuddin58.blogspot.com/

Saturday, June 8, 2013

Terowong Lombong Bijih Timah Sg Lembing

1920 - 1950 Sungai Lembing menjadi pengeluar bijih timah utama negeri Pahang Darul Makmur. Malah terdapat perkampungan Inggeris di Lembah Sungai Kelau bagaikan el Dorado yang popular itu. Perlombongan bijih timah Sungai Lembing dijalankan oleh Pahang Consolidated Company Limited. Teknik perlombongan bawah tanah dengan membina terowong lebih sesuai kerana batuannya agak keras untuk membina lubang terowong. Pekerjanya terdiri daripada Inggeris , Melayu dan Cina dan mereka bekerja mengikut syif. Pusat lombong bijih timah ini mencapai kegemilangan sekitar tahun 1940-an dan 1950-an kerana ketika itu ia adalah lokasi lombong bijih timah bawah tanah terbesar di dunia. Lombong itu ditutup pada tahun 1986 kerana kos operasinya yang tinggi dan kejatuhan harga bijih timah.
Para pekerja Pahang Consolidated Company Ltd diberikan peluang membeli-belah barangan import di gudang premis syarikat seperti kemeja Arrow dan kasut Clarks dan jauh lebih murah berbanding di Kuantan. Sebuah panggung wayang dibina sebagai hiburan dan berpeluang menonton filem dari Britain dan Hollywood. Kini panggung wayang itu telah ditukar menjadi dewan orang ramai. 


Batuan yang ditebuk menjadi lubang angin yang membekalkan udara kepada pekerja lombong bawah tanah

 Laluan asal terowong,(cuma tidak kelihatan penyanga kayu untuk menahan dinding) batuan putih menunjukkan laluan itu selamat (batuan stabil)

 Kisah lagenda masyarakat setempat bagaimana sekumpulan pelombong melombong secara haram akibat desakan ekonomi setelah operasi perlombongan dihentikan pada tahun 1986.Sehingga kini identiti mereka tidak diketahui.Mengapa lubang sejuta ringgit? ini kerana mereka berjaya mengumpulkan hasil berjumlah 1 juta dlm aktiviti tersebut dlm beberapa tahun!

 Laluan yang dibaikpulih untuk keselamatan pengunjung

 Contoh topi pekerja dilengkapi lampu berkuasa kabaid sebelum lampu berkuasa bateri digunakan


Sungai Lembing pada masa dahulu adalah Bandar terkaya dengan dalam pengeluaran Bijih Timah di Negeri Pahang Darul Makmur. Ini adalah kerana Sungai Lembing merupakan kawasan galian Bijih Timah yang kedua terbesar di dunia selepas Bolivia. Ia juga mempunyai kolong-kolong yang terpanjang dan terdalam sehingga 1,400 ke 2,000 kaki sehingga dikatakan terdalam jika dibandingkan dengan lombong-lombong Bijih Timah lain di Asia Tenggara. Kewujudan Sungai Lembing berkaitrapat dengan sejarah moden Negeri Pahang yang bermula dengan penjajahan British di Malaya. Kawasan Sungai Lembing diterokai oleh pihak British dalam bulan Februari pada tahun 1888 sebaik sahaja Almarhum Sultan Ahmad Muadzam Shah 1 bersetuju dengan cadangan sebuah syarikat Bijih di London untuk menubuhkan Pahang Corporation Limited di kawasan tersebut. Kawasan seluas 2,500 ekar persegi itu dipajakkan bagi tempoh seratus tahun dengan bayaran satu sen setahun. Sungai Lembing merupakan Bandar yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu yang diletakkan di bawah pentakbiran sebuah syarikat Bijih British iaitu Pahang Corporation Limited di Pahang. Kemudian pada tahun 1915 ia bertukar kepada Syarikat Pahang Consilolidated Company Limited (PCCL) dan pada tahun1984 ditukarkan kepada panggilan Pahang Investment Public Limited Company (PIPLC). Dalam tempoh seratus tahun lombong ini telah mengeluarkan lebih kurang 13 juta tan metrik Bijih Timah kasar yang boleh menghasilkan 150,000 tan metrik Konsentrat timah dengan nilai sebanyak hampir $2,000 juta. Aktiviti perlombongan ini telah memberi sumbangan yang besar kepada penduduk di kawasan Sungai Lembing khususnya dan kepada ekonomi amnya.

Koleksi persendirian saya iaitu token tanda pengenalan pekerja lombong

Terowong bawah tanah atau lebih dikenali sebagai ‘pangkang’ dikorek secara manual atau menggunakan bahan letupan. Sebelum kerja-kerja melombong dijalankan, ahli-ahli kajibumi terlebih dahulu mengkaji kedudukan longgokan Bijih Timah. Kajian dilakukan secara berterusan bagi memastikan aktiviti-aktiviti perlombongan akan terus beroperasi. Terowong terdalam adalah dilombong Myah. Ia terletak 700 meter ke bawah dasar perut bumi manakala lombong Taibeto pula mencecah 500 meter ke dasar bumi. Jarak diantara setiap tingkat adalah lebih kurang 30 meter dan panjang keseluruhan hampir 322 kilometer.Kini selepas lebih 100 tahun terowong bawah tanah di Sungai Lembing dibuka kepada umum untuk memberi kesempatan merasai jerih perih kehidupan sebagai seorang pelombong bijih timah.

Dibuka:
isnin-jumaat 9 pg-8 mlm
sabtu,ahad,cuti umum 9 pg-10 mlm
harga tiket
dewasa rm 30
kanak2 rm 15
(setakat ini pengurangan harga tiket diberi sebanyak 50%)

Monday, April 1, 2013

KITA DAN PERJUANGAN SILAM




Menjadi pemuda pemudi zaman penjajahan (British,Jepun dan kebangkitan Komunis),amat menguji iman,jiwa dan mental. British menjajah dengan cara "lembut",Jepun dan kebangkitan Komunis secara "keras". Penjajahan British kurang "dirasai" kebanyakkan umat Melayu. Malah mengakui dan menganggap mereka itu tuan orang putih,memberi kemodenan kepada Tanah Melayu,walaupun mereka mengaut segala hasil perut bumi Tanah Melayu. Jepun datang dengan cita-cita pakatan Axis,mencabar ketuanan Inggeris (tentera berikat),British guna orang Cina untuk menentang Jepun. Jepun berjaya dihalau dengan bantuan Cina Komunis. Cina komunis juga menganggap British adalah penjajah dan perlu dihalau. British merekrut anak watan (Melayu) berperang bagi pihak mereka atas alasan untuk menjaga tanah air (tanah jajahan). Umat Melayu berpecah kepada golongan yang mendokong penjajah Inggeris,dan golongan yg menentang Inggeris. Apa pilihan yg ada? Bersama British @ bersama penentang British? (termasuk Komunis). Maka wujudlah regimen ke 10 yg dianggotai pemuda pemudi Melayu yang mengangkat senjata menentang pendudukan British di Tanah Melayu. Komunis kah mereka itu?Adakah mereka pendokong komunis? Bagaimana pula dengan mereka yg bersama British? British tidak kurangnya dalam membunuh pejuang-pejuang Melayu generasi awal,tetapi kita mudah melupai kekejaman itu.Kekejaman Jepun dan Komunis yang selalu "diterangkan". Umat melayu/Islam tidak akan menyetujui cita-cita Komunis itu di Tanah Melayu,tetapi kita haruslah adil dalam menghakimi. Walaupun neraca (timbangan) kita tidak sama dengan neraca (timbangan) Allah S.W.T. Ini semua tentang "pilihan". Pilihan yang akan menentukan hidup bangun sebuah bangsa. Pilihan yang akan menyebabkan umat akan datang (kita) akan terus bercerita tentang "pilihan yang telah dibuat oleh nenek moyang kita sama ada hitam @ putih,kiri @ kanan. Al-fatihah kepada pejuang-pejuang bangsa/agama yang telah gugur mempertahankan kerpercayaan dan keyakinan masing-masing.Seperti dinukilkan dalam sebuah kisah di zaman para sahabat (nabi),apabila Saiyadina Ali R.A di tanya perihal 2 pihak muslim yg berperang,iaitu apa taraf mereka,jawab Sayaidina Ali R.A. Mereka itu adalah saudara2 kita yg terkeliru.........

Sunday, March 24, 2013

CHENDOL KLASIK MALAYA








Kepada sahabat2 yang berada di sekitar Daerah Kuantan dan kawasan berdekatan.Boleh datang ke Chendol Klasik Malaya dan mencuba hidangan Mee Udang dan Chendolnya.Disamping itu juga boleh melihat koleksi barangan lama yang dipamerkan.Disitu juga terdapat bahagian jualan barangan lama,tetapi masih belum beroperasi buat masa ini.

Alamat: No B-10, Lorong Sungai Isap Damai 7,Perumahan Sungai Isap Fasa 3,25150 Kuantan Pahang D.M
@ hubungi talian 019-6199045 @ 017-9061837 untuk keterangan lanjut

Saturday, March 23, 2013

PAMERAN MAINAN (TOYS) LAMA




Pada hari Sabtu 30hb Mac 2013 satu pameran 'Vintage Toys' selama 1 hari sahaja akan diadakan di Ipoh Station Antique Cafe mulai jam 10.00am hingga 6.00pm . Pameran ini adalah sempena 5 Tahun Ipoh Station berada dipasaran. Pameran ini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengambil bahagian terutamanya kepada mereka yg menyimpan koleksi permainan (toys). Tidak kira apa bentuk permainan tetapi ianya mestilah berusia sehingga tahun 80an atau yg layak dikenali sebagai Vintage Toys.

Tujuan diadakan pameran ini adalah untuk mengumpul seberapa ramai para Collector atau peminat Vintage Toys, menyediakan platform untuk mengenali di antara satu sama lain serta bertukar pandangan dan pengalaman serta mengenengahkan hobi ini kepada peminat dan masyarakat umum. Di antara permainan yg akan dipamerkan nanti ialah Pedal Car, Pedal Vespa, Tricycle, Bicycle, Tin Toys, Plastics Toys, Die Cast dll.

Difahamkan belum pernah ada penganjuran sebegini lagi di Malaysia dan penyertaan para collector dan peminat amat dialu alukan. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Kepada mereka yang ingin membuka meja jualan juga dialu-alukan.

Kami (ipoh station) selaku penganjur ingin melihat ruang pameran nanti dibanjiri dengan Vintage Toys. Pihak media juga akan dimaklumkan. Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi Azlan 012 2351212,  Jamil  019 3831509, Arianmizi 016 2137853 atau Ah Meng 016 3106105. Kepada yg ingin mengambil bahagian sila sahkan penyertaan anda pada atau sebelum 27hb Mac 2013.

Datanglah beramai ramai ke Pameran yg julung julung kali diadakan ini.

Monday, January 21, 2013

Sambutan Ulang Tahun Pertama




Pada 27/01/2013 (ahad) para peniaga Garage Sale Anggerik Mall Shah Alam, Selangor Malaysia,Persatuan peniaga Anggerik Mall dan kerjasama Kelab/Persatuan/Kumpulan/Grup Facebook seperti Kelab Barang Lama (KEBAL),Antique Porcelin Collector/Club (APC),Pinggan Mangkuk Lama (PML),Nescafe/Milo,Kelab-kelab berkaitan Numismatik (matawang).Program ini juga akan disertai oleh ahli-ahli daripada Horology 4 Unity (peminat mesin kejuruteraan masa (jam),Kelab Botology (Pengkaji botol lama Malaya) Peminat barangan Coke/Pepsi  dan pelbagai cabang/minat dalam arena pengumpulan barang-barang koleksi.Program ini diharap dapat menghimpunkan seluruh komuniti tersebut di bawah satu bumbung kerana program sedemikian jarang dianjurkan dan diharap acara ini menjadi tanda aras/kayu pengukur dan akan menjadi acara tahunan.Diharap program ini mendapat kerjasama dan sokongan daripada peminat/pengumpul daripada seluruh Tanah Air dan rantau berdekatan.

Program ini juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu melihat keunikan koleksi yang dipamerkan oleh para peserta.Sesi jualan turut diadakan bagi mereka yang mahu menambahkan koleksi. 

"BERSAMA MEMELIHARA WARISAN"

"BUKAN SEKADAR HOBI"