Saturday, October 20, 2012

Seniman Rakyat


Dato' Sudirman bin Haji Arshad (25 Mei 1954 - 22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia. Beliau telah memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi apabila dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTM 1976" pada 11 Ogos1976. Selain itu, beliau juga adalah satu-satunya pemegang gelaran "Penghibur Nombor 1 Asia" (pada 19 Mac 1989) dari Pahang, Malaysia sebelum kehadiran Siti Nurhaliza. Di samping itu, terdapat juga gelaran yang lain untuk beliau seperti "Penghibur Milik Masyarakat", "Seniman Rakyat" dan "Elvis Malaysia". Beliau juga mempunyai pelbagai kebolehan sebagai seorang penyanyi, penghibur, penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang (buku memoir dan kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan dan pelakon.
 Koleksi istimewa saya

 LP berserta tandatangan beliau pada tahun 1979

Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda penonton yang bernasib baik kerana dapat menyaksikan sendiri beliau secara peribadi atau melalui kaca televisyen. Beliau juga pernah digelar "Cili Padi" selain daripada ketinggiannya yang berukuran 1.57 meter dan kasutnya yang bersaiz 7. Beliau seringkali dilihat dengan mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala memakai sut chaplinesque dengan gayanya yang bersahaja.


N/B:AL-Fatihah.semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin....

No comments: