Friday, September 28, 2012

SAMPUL SURAT HARI PERTAMA

Pertabalan Ratu Elizabeth ke 2 pada tahun 1953 sebagai pemerintah England dan Negeri-negeri jajahan

 Sampul Surat Hari Pertama merupakan sampul yang dikeluarkan pada hari yang sama setem peringatan dikeluarkan. Cop rasmi (tanda pos) hari pertama adalah berbeza dengan cop pembatalan biasa yang digunakan di pejabat pos pada hari-hari biasa.
Dalam bahasa mudah sampul surat hari pertama dikeluarkan untuk mengenangkan peristiwa penting dalam tahun tersebut.

Negeri naungan @ negeri jajahan? 

N/B: Pendek kata British di Tanah Melayu satu masa dahulu amat beruntung kerana berjaya menundukkan/melemahkan/menjinakkan pemuka-pemuka Tanah Melayu sehingga para penentang mereka  (British)  di anggap menderhaka kepada kepada Negara? Sultan?.Mengambil anak watan berkhidmat dengan mereka untuk meneruskan misi dan visi ke atas 'penjajahan' ini.Sehingga ramai diantara anak watan terkeliru.Siapa yang harus ditentang dan siapa pula yang harus didokong.Dapat saya rasai dilema itu.Menyokong British dianggap belot kepada perjuangan bangsa (bagi sesetengah pihak).Menentang British pula akan dianggap Komunis/derhaka kpd raja dll.apa pilihan yang ada? Duduk diam membiarkan orang lain menentukan hala tuju bangsa yang pernah tersohor suatu masa dahulu? siapa yang telah mempermainkan kita?

-kalau dikatakan negeri jajahan..mesti ada penentangan...
-kalau negeri naungan...mengapa menuntut kemerdekaaan...



No comments: