Wednesday, July 18, 2012

Kedai Numismatik Kompleks Teruntum Kuantan


Kedai Numismatik ini terletak di tingkat bawah (bersebelahan ruang legar) Kompleks Teruntum Kuantan Pahang Darul Makmur 



Bukan sahaja duit negara kita tetapi ada juga  duit daripada negara lain yang dijual disini  

Diantara Kad Koin yang menjadi koleksi sesetengah pengumpul

Kedai ini bukan sahaja menjual duit-duit lama tetapi juga aksesori untuk menyimpan koleksi duit supaya terpelihara degan lebih baik

Duit-duit peringatan atas isu-isu berkaitan 

Pemilik kedai adalah En Rahim yang juga salah seorang AJK Kelab Warisan Numismatik


En Rahim dan salah seorang ahli kelab bersama Dato' Presiden Kelab Warisan Numismatik (Dato' Sharuddin-berbaju putih) yang kebetulan berada di Kuantan atas urusan perniagaan dan urusan kelab.
  

En Rahim bukan sahaja peminat Numismatik tetapi beliau juga merupakan pengumpul dan penjual barang-barang lama/antik. Pengumpul/kolektor di sekitar Kuantan amat mengenali beliau.Kepada sahabat-sahabat di luar sana yang kebetulan berada di Daerah Kuantan bolehlah singgah di premis beliau untuk mengenali beliau dengan lebih dekat dan bertukar-tukar pandapat mengenai bidang yang diceburinya.

N/B: Kepada sesiapa yang berada di kawasan sekitar dan mahu menjadi ahli Kelab Warisan Numismatik,anda boleh mengambil borang keahlian di premis beliau @ hubungi beliau di talian 012-9896171 untuk sebarang pertanyaan.

8 comments:

dinrambong said...

x tahu pulak teruntum ada kedai numis..kena singgah la pas ni.sejak teruntum seakan2 tersisih dah x penah jejak kaki lg

edeen said...

en din rambong tinggal kat kuantan ke?kalau senang singgahlah sana yerk

AhmadSposen said...

Saya kemaman.brminat jugak nak pegi..tingkat berapa eh?xpenah pegi lagi teruntum.hehee..

bad's is nagasuci said...

Yup...tempat gua lepak nie..hehehe

RH said...

lepas ni nak gi komplek laa...tak pernah tau pulak ada kedai tu..:)tq

Anonymous said...

assalam....
saya ad ade product gold quest yg plan nak jual...bleh accept ke?

Ahmad Noh said...

d kuantan hebat juga dgn aktiviti numismatik......info menarik

Shahrulnizam Abdul Majid said...

Memang terbaik khazanah lama sajarah tk kan berulang kembali