Monday, April 23, 2012

KELAB WARISAN NUMISMATIK


Numismatik (bahasa Latinnumisma, nomisma, "koin"; dari bahasa Yunaniνομίζειν nomízein,) adalah sebuah pengajian atau kegiatan mengumpulkan matawang  termasuk duit syiling, token (alat penukaran), wang kertas dan benda-benda berkait lainnya. Koleksi numismatik terdiri dari benda-benda  seperti wang kertas, duit syiling dan token yang pernah beredar dan digunakan oleh masyarakat. Numismatik mempelajari antara lain, sejarah mata wang itu sendiri, cara pembuatannya, ciri-cirinya, variasi (kepelbagaian) yang ditemukan, pemalsuannya, sejarah politik terbentuknya mata wang tersebut dsb.




MESYUARAT PERTAMA AHLI JAWATANKUASA KELAB WARISAN NUMISMATIK 
TARIKH : 22.4.2012
MASA : 2.30PM-6.00PM
TEMPAT : VISTANA HOTEL, KUANTAN


SENARAI AHLI JAWATANKUASA KELAB WARISAN NUMISMATIK

PRESIDEN : DATO’ SHARUDDIN BIN YUSOF DIMP AMP
TIMBALAN PRESIDEN  :  TUAN HAJI AZMI BIN ABD. MALIK
SETIAUSAHA  :    HAMDAN BIN ABD. GHANI
BENDAHARI   :  TUAN HAJI ABDUL RAHIM BIN OTHMAN
SETIAUSAHA KERJA  : FURQAN RABBANI BIN SHARUDDIN
AHLI JAWATANKUASA  :

1) ABDUL RAHIM BIN MOHAMMED SAID
2) MANSOR BIN JUSOH
3) SAIDAN NAZRI BIN YUSOF
4) MD. RADZAIMI BIN AB. RAHMAN
5) EFFENDY BIN HARUN
6) SALLEH BIN MAT TAHAR
7) FAIZAL IZWA BIN NAWI
8) HUSNI BIN YUSOF
9) ABDUL RAHMAN BIN AHMAD
10) SILMON LOO
11)DANNY YONG YEW CHAN
12)HARUN BIN OTHMAN


1) Matlamat Kelab Warisan Numismatik

1.  Memperkenalkan dan mempromosikan nama NUMISMATIK kepada umum seluruh negara.
2.  Mengumpul dan menyatukan ahli Numismatik yang berada di merata tempat Secara persendirian agar sudi berteduh di premis Kelab Warisan Numismatik.
3.   Membimbing ahli bagi aktiviti mengumpul, menjual dan membeli duit-duit lama. 
4.   Memberi Ilmu pengetahuan melalui seminar dan latihan bagi mendalami ilmu numismatik.
5.   Mengadakan pameran dan karnival jualan duit-duit lama.
6.   Membantu membuat pengredan dan menilai sesuatu duit yang ditemui oleh ahli Numismatik.
7.   Menjalin kerjasama dan kunjung hormat kepada jabatan-jabatan,  NGO,  dan individu yang berkaitan dengan Numismatik.


2) Aktiviti Kelab Warisan Numismatik 

  1. Kelab Warisan Numismatik akan mengeluarkan kad keahlian dan sijil keahlian kepada setiap ahli kelab
  2. Kelab Warisan Numismatik akan mengadakan pameran, menjual dan membeli duit-duit lama: 
  •     Setiap hari sabtu 2 minggu sekali bertempat di Teluk Chempedak Kuantan dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Pahang.
  •     Setiap hari ahad setiap minggu bertempat di Taman Kerang Kuantan Pahang 

  1. Kelab Warisan Numismatik sedang merancang untuk mengadakan aktivit kunjunghormat ke Jabatan Kerajaan dan lawatan 
  • Pada 26.4.2012 ke Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan Negeri Pahang Kuantan.
  • Cadangan lawatan sambil belajar ke Kilang Duit Kertas pada bulan Jun 2012
Giesecke @ Devrient Malaysia Sdn Bhd ,
Off Jalan Delima 1/1 Batu 3,
40150 Shah Alam Selangor.

  1. Kelab Warisan Numismatik bercadang mengadakan Seminar Mendekati Dan Mengenali Duit Siling Malaysia Dan Duit Error pada November 2012.
  2. Mengadakan program Karnival Numismatik dan Ramah Mesra sempena genap setahun penubuhan Kelab Warisan Numismatik pada 1/4/2013
 3) Keahlian Kelab Warisan Numismatik

  •        Keahlian terbuka pada seluruh rakyat Malaysia yang terlibat dengan aktiviti mengumpul duit lama
  •        Yuran keahlian seperti berikut :


Yuran Keahlian           : RM20.00
Sijil Keahlian               : RM10.00
Kad Keahlian              : RM30.00
Jumlah                         RM60.00

Semua ahli Numismatik dijemput untuk menjadi ahli Kelab Warisan Numismatik.Sebarang pertanyaan dan keterangan lebih lanjut untuk menjadi ahli boleh menghubungi No. Tel 019-9985858 (Presiden) dan 013-9397888 (Setiausaha) atau pos ke alamat

KELAB WARISAN NUMISMATIK
No. 3A Kedai 20 Unit Nadikota,
26400 Bandar Jengka,
Pahang Darul Makmur.
Tel : 609-4664270
Fax : 609-4664270

N/B: Kepada rakan-rakan yang sudah lama berkecimpung dalam mengumpul duit lama/baru @ baru berjinak2 dengan hobi ini.Jangan segan @ malu untuk menyertai kelab ini.Anda di alu-alukan

1 comment:

Anonymous said...

hi... sy nk tahu. yg setiap ari sabtu kt teluk cempedakk tu, time bulan puasa ni ade ke?