Sunday, April 15, 2012

GRAMAFON UNTUK DIJUAL

RM 850

N/B: Gramafon ini buatan Negara India.Bukan barang lama/antik.Dibuat baru untuk mengembalikan nostalgia pada zamannya.Peniruan jenama His Master Voice (HMV).(Saya tidak tahu dengan izin @ tidak.)Satu jenama yang terkenal dalam pengeluaran peti nyanyi.Masih berfungsi dengan baik.Untuk piring batu 78 RPM.

-Negara India dan China banyak mengeluarkan/meniru (re-production) semula barang-barang lama/antik dalam kapasiti yang banyak.Hal ini berlaku mungkin kerana permintaan dan keghairahan orang ramai untuk memiliki barang-barang lama/antik.Tidak salah untuk memilikinya cuma kita perlu tahu barang yang dibeli oleh kita supaya tidak tertipu kerana membayar dengan harga yang tinggi.Seolah-olah kita membayar harga bagi barang-barang yang betul-betul lama/antik.
-Pembeli/pengumpul pula ada pelbagai ragam,ada yang mengumpul hanya barang-barang yang betul-betul lama/antik.Ada juga yang mengumpul barang,asalkan ianya berimej antik.
-Dari segi harga,barang yang asal/asli memang lebih tinggi/mahal daripada yang dibuat semula (re-production).Jadi terpulang kepada kita untuk memilih sesuai dengan "pegangan" kita.
-Kesimpulannya,tanyalah mereka yang lebih arif kerana kita sentiasa terdedah dengan kesilapan walaupun kita telah berhati-hati.Kepada mereka yang arif,janganlah menyombong diri,berkongsilah kepakaran anda.Kerana kita semula bermula dengan 'kosong'.

1 comment:

Anonymous said...

terima kasih tuan utk peringatan itu