Tuesday, November 6, 2012

13hb MEI 1969




Sijil penghargaan ini berbunyi......Dengan nama tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasehani.....ada-lah di-nyatakan sijil ini-sampaikan kapada ENCHE GOVARTHANAPANY sebagai tanda penghargaan kerajaan malaysia atas jasa perkhidmatan dan kerjasama dengan kerajaan malaysia daripada tercetus-nya keadaan dharurat pada 13hb mei 1969, dalam usaha2 bagi mengujudkan semula keharmonian kehidupan bersama pendudok negara ini demi keselamatan,keamanan dan kema'amoran negara.di-dalam memberi sumbangan-nya ENCHE GOVARTHANAPANY tidak menghiraukan bahaya yang mungkin di-hadapi,harta benda yg mungkin terancham,masa dan tenaga yang terkorban.sikap dan tingkah laku-nya itu telah menunjokkan kesedaran di-atas tanggong-jawab-nya kapada negara,yg mana sangat2-lah di-sanjong tinggi oleh kerajaan.ada-lah di-harap dgn ada-nya penghargaan ini satu semangat baharu akan lahir untok ENCHE GOVARTHANAPANY berusaha dengan lebeh giat lagi bagi menchapai perpaduan yang erat di-antara semua pendudok di-malaysia ini

.BERSATU DAN BERJAYA-LAH MALAYSIA

.termaktub di-bangunan parlimen,malaysia pada 31hb OGOS 1969

.ditandatangani oleh YDA Ke 4 Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III..........


N/B:kata saya..lupakan detik hitam itu.hargailah keamanan yang dikecapi oleh negara kita.hormat menghormati amalan kita.negara kita mempunyai asas yang telah dipersetujui oleh datuk nenek moyang kita.ke mana pun kita pergi merantau, asal usul kita tetap mengikuti kita.ke arah malaysia yg lebih baik.dirgahayu malaysia

Tuesday, October 23, 2012

Garage Sale @ Anggerik Mall Shah Alam @ 21/10/12














N/B: Pada hari tersebut saya telah mengadakan pameran matawang (sebelum dan selepas merdeka) berskala kecil.Tujuan utama adalah untuk berkongsi sedikit pengetahuan dengan pengunjung2 Anggerik Mall berkenaan matawang yang pernah berlegar di Malaya,Temasek (Singapura),Brunei,Sarawak dan Borneo (Sabah) suatu ketika dulu, sehingga matawang yang diguna pakai selepas merdeka sehingga kini.
-Kepada sahabat2 diluar sana yg berkelapangan waktu pada setiap hari ahad. Jemput datang ke sini bermula jam 10 pagi-5 petang. Terima kasih kepada mereka yg memberi sokongan kepada program ini.

Saturday, October 20, 2012

Seniman Rakyat


Dato' Sudirman bin Haji Arshad (25 Mei 1954 - 22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia. Beliau telah memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi apabila dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTM 1976" pada 11 Ogos1976. Selain itu, beliau juga adalah satu-satunya pemegang gelaran "Penghibur Nombor 1 Asia" (pada 19 Mac 1989) dari Pahang, Malaysia sebelum kehadiran Siti Nurhaliza. Di samping itu, terdapat juga gelaran yang lain untuk beliau seperti "Penghibur Milik Masyarakat", "Seniman Rakyat" dan "Elvis Malaysia". Beliau juga mempunyai pelbagai kebolehan sebagai seorang penyanyi, penghibur, penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang (buku memoir dan kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan dan pelakon.
 Koleksi istimewa saya

 LP berserta tandatangan beliau pada tahun 1979

Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda penonton yang bernasib baik kerana dapat menyaksikan sendiri beliau secara peribadi atau melalui kaca televisyen. Beliau juga pernah digelar "Cili Padi" selain daripada ketinggiannya yang berukuran 1.57 meter dan kasutnya yang bersaiz 7. Beliau seringkali dilihat dengan mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala memakai sut chaplinesque dengan gayanya yang bersahaja.


N/B:AL-Fatihah.semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin....

Wednesday, October 10, 2012

Garage Sale @ Anggerik Mall @ 07/10/2012





 Rare & Collectables ? Gallery, Damansara Perdana.telah mengadakan peraduan teka & menang (mengira jumlah patung askar di dalam balang horlick) yg bermula di laman KEBAL facebook dan seterusnya membawanya ke Anggerik Mall untuk memeriahkan lagi suasana.


Keputusan telah diketahui.Sebanyak 162 patung askar yang berada di dalam balang Horlick tersebut

Diantara salah seorang pemenang (kedua) iaitu En Zaidi (berkaca mata) iaitu pemilik kedai cermin mata di Anggerik Mall bersama orang kuat ?Gallery iaitu En.Reza Azri dan En.Hafiz (tiada dlm gambar).Senarai pemenang yg bertuah seperti di bawah:
(Pertama) Puan Bashah
(Kedua) En.Zaidi
(Ketiga) Nursara Khaleeda

(Saguhati) Faizal Minyok
(Saguhati) Muhd Aqil Putra
(Saguhati) Ramadhan Aidilfitri Syariffudin
(Saguhati) Mohd Salihin Halim
(Saguhati) Norhissham Rahim
(Saguhati) Diee Cah D’Classic
(Saguhati) Ady Adam

Bukan hadiah yang menjadi ukuran tetapi kemesraan yang terjalin diantara semua yang terlibat.Hobi ini menemukan semua daripada pelbagai latarbelakang kaum,agama dan pandangan politik.Diharap banyak lagi program yang akan dianjurkan oleh para peniaga/penyokong Garage Sale @ Anggerik Mall Shah Alam pada masa depan demi menaikkan arena pengumpulan (collectibles) di bumi Malaysia.

N/B:Walaupun ada yang memandang sinis (termasuklah pengumpul/pemungut  yang telah lama terlibat di arena ini).Sekurang-kurangnya kami mempunyai asas dan tapak sendiri.Bukan menumpang atas populariti sesuatu Pasar lambak/Jualan garaj dan sebagainya.Sesungguhnya minat dan hobi adalah milik semua...

Tuesday, October 2, 2012

Wang Kertas Untuk Dijual


QE 2 1953
RM350/-
tidak koyak/tidak berlubang


Siri 3 1976-81
RM 90/- sekeping
Tidak koyak/tidak berlubang
Not tengah ada kesan tompok


Strait Settlements 1935
RM 180/- sekeping


QE 2 1953
RM 60/-sekeping
tidak koyak/tidak berlubang


KG 6 1941 dan kapal layar 1959 (thomas)


KG 6 1941
RM 80/- sekeping


Siri 1 (1967-72) dan 4 (1981-83)
Gambar ke 2 (bucu sedikit kesan koyak)

Gambar belakang siri 3 1976-81


Atas-RM 160/-
Tengah-RM 120/- 
Bawah-RM 100/-(ada sedikit  kesan gelupas di penjuru kanan)




Set Siri 1- 4 1967-83
RM 70/-


Siri 6 1986-95
Tiang bendera salib
RM35/- sekeping


Kerbau bajak 1961
RM 750/- sekeping
tidak koyak/tidak berlubang


QE 2 1953 
RM 350/-

Gambar belakang KG 6 1941
Atas-ada kesan contengan pensel di sisi kanan

Siri 3 1976-81


N/B: Saya boleh dihubungi di talian 019-6199045 untuk keterangan lanjut.Terima kasih