Monday, April 1, 2013

KITA DAN PERJUANGAN SILAM




Menjadi pemuda pemudi zaman penjajahan (British,Jepun dan kebangkitan Komunis),amat menguji iman,jiwa dan mental. British menjajah dengan cara "lembut",Jepun dan kebangkitan Komunis secara "keras". Penjajahan British kurang "dirasai" kebanyakkan umat Melayu. Malah mengakui dan menganggap mereka itu tuan orang putih,memberi kemodenan kepada Tanah Melayu,walaupun mereka mengaut segala hasil perut bumi Tanah Melayu. Jepun datang dengan cita-cita pakatan Axis,mencabar ketuanan Inggeris (tentera berikat),British guna orang Cina untuk menentang Jepun. Jepun berjaya dihalau dengan bantuan Cina Komunis. Cina komunis juga menganggap British adalah penjajah dan perlu dihalau. British merekrut anak watan (Melayu) berperang bagi pihak mereka atas alasan untuk menjaga tanah air (tanah jajahan). Umat Melayu berpecah kepada golongan yang mendokong penjajah Inggeris,dan golongan yg menentang Inggeris. Apa pilihan yg ada? Bersama British @ bersama penentang British? (termasuk Komunis). Maka wujudlah regimen ke 10 yg dianggotai pemuda pemudi Melayu yang mengangkat senjata menentang pendudukan British di Tanah Melayu. Komunis kah mereka itu?Adakah mereka pendokong komunis? Bagaimana pula dengan mereka yg bersama British? British tidak kurangnya dalam membunuh pejuang-pejuang Melayu generasi awal,tetapi kita mudah melupai kekejaman itu.Kekejaman Jepun dan Komunis yang selalu "diterangkan". Umat melayu/Islam tidak akan menyetujui cita-cita Komunis itu di Tanah Melayu,tetapi kita haruslah adil dalam menghakimi. Walaupun neraca (timbangan) kita tidak sama dengan neraca (timbangan) Allah S.W.T. Ini semua tentang "pilihan". Pilihan yang akan menentukan hidup bangun sebuah bangsa. Pilihan yang akan menyebabkan umat akan datang (kita) akan terus bercerita tentang "pilihan yang telah dibuat oleh nenek moyang kita sama ada hitam @ putih,kiri @ kanan. Al-fatihah kepada pejuang-pejuang bangsa/agama yang telah gugur mempertahankan kerpercayaan dan keyakinan masing-masing.Seperti dinukilkan dalam sebuah kisah di zaman para sahabat (nabi),apabila Saiyadina Ali R.A di tanya perihal 2 pihak muslim yg berperang,iaitu apa taraf mereka,jawab Sayaidina Ali R.A. Mereka itu adalah saudara2 kita yg terkeliru.........