Sunday, March 24, 2013
CHENDOL KLASIK MALAYA
Kepada sahabat2 yang berada di sekitar Daerah Kuantan dan kawasan berdekatan.Boleh datang ke Chendol Klasik Malaya dan mencuba hidangan Mee Udang dan Chendolnya.Disamping itu juga boleh melihat koleksi barangan lama yang dipamerkan.Disitu juga terdapat bahagian jualan barangan lama,tetapi masih belum beroperasi buat masa ini.
Alamat: No B-10, Lorong Sungai Isap Damai 7,Perumahan Sungai Isap Fasa 3,25150 Kuantan Pahang D.M
@ hubungi talian 019-6199045 @ 017-9061837 untuk keterangan lanjut
Saturday, March 23, 2013
PAMERAN MAINAN (TOYS) LAMA
Pada hari Sabtu 30hb Mac 2013 satu pameran 'Vintage Toys' selama 1 hari sahaja akan diadakan di Ipoh Station Antique Cafe mulai jam 10.00am hingga 6.00pm . Pameran ini adalah sempena 5 Tahun Ipoh Station berada dipasaran. Pameran ini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengambil bahagian terutamanya kepada mereka yg menyimpan koleksi permainan (toys). Tidak kira apa bentuk permainan tetapi ianya mestilah berusia sehingga tahun 80an atau yg layak dikenali sebagai Vintage Toys.
Tujuan diadakan pameran ini adalah untuk mengumpul seberapa ramai para Collector atau peminat Vintage Toys, menyediakan platform untuk mengenali di antara satu sama lain serta bertukar pandangan dan pengalaman serta mengenengahkan hobi ini kepada peminat dan masyarakat umum. Di antara permainan yg akan dipamerkan nanti ialah Pedal Car, Pedal Vespa, Tricycle, Bicycle, Tin Toys, Plastics Toys, Die Cast dll.
Difahamkan belum pernah ada penganjuran sebegini lagi di Malaysia dan penyertaan para collector dan peminat amat dialu alukan. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Kepada mereka yang ingin membuka meja jualan juga dialu-alukan.
Kami (ipoh station) selaku penganjur ingin melihat ruang pameran nanti dibanjiri dengan Vintage Toys. Pihak media juga akan dimaklumkan. Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi Azlan 012 2351212, Jamil 019 3831509, Arianmizi 016 2137853 atau Ah Meng 016 3106105. Kepada yg ingin mengambil bahagian sila sahkan penyertaan anda pada atau sebelum 27hb Mac 2013.
Datanglah beramai ramai ke Pameran yg julung julung kali diadakan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)