Sempena sambutan hari koperasi di Sek.Men.Keb.Puteri Titiwangsa Jalan Temerloh KL.(berdekatan Pusat Darah Negara dan Balai Senilukis)Saya mengambil kesempatan mengadakan pameran solo secara kecil-kecilan untuk berkongsi serba sedikit pengetahuan dengan pelajar,guru dan pengunjung yang hadir pada program tersebut.
Pameran bertema "wang sebelum dan selepas merdeka" dimulakan dengan matawang zaman Raja George ke (6),1941-42
Zaman pendudukan Tentera Jepun yang terkenal dengan "duit pokok pisang" 1942-45
Zaman Ratu Elizabeth ke (2) 1953, Duit $1 Dollar kapal layar 1957 dan $10 Dollar Kerbau Bajak 1961
Seterusnya matawang selepas merdeka bermula dari tahun 1967 hingga kini.
Termasuk wang kertas RM 50 peringatan Sukan Komenwel 1998 yang menjadi perhatian ramai kerana warnanya yang unik.Rata-rata pengunjung tidak mengetahui akan kewujudan wang kertas tersebut dan menyangka ianya wang kertas baru yang dikeluarkan oleh Bank Negara.
Diantara guru yang turut serta memeriahkan pameran
Para pelajar yang teruja melihat matawang yang dipamerkan dan rata-rata menanyakan, adakah matawang ini bernilai tinggi.Saya memberitahu nilainya adalah kepada penyimpan/peminat/pengumpul matawang itu sendiri.
Walaupun kehadiran saya di sana bukan berasaskan keuntungan,namun saya berpuashati kerana dapat berkongsi sedikit pengetahuan tentang matawang yang pernah berlegar di Persekutuan Tanah Melayu, Malaya, Borneo, Brunei, Singapura dan seterusnya negara kita yang tercinta Malaysia.
5 comments:
Terbaik ni..
Kalau ada apa2 majlis di sekolah, boleh jemput ke ni?
Salam
Tahniah dan syabas diucapkan...kalau aku tahu td ada pameran dkt sana, boleh singgah dan berkenal-kenalan
TQ
en anonymous-pameran biasa je..isi masa lapang-insya'Allah boleh
Tuan my-koleksi-assalam kembali-terima kasih,keje kwsn sana ke?
sekolah saya ada hari koperasi jugak mungkin minggu depan..kalau tuan sudi boleh datang..tapi agak jauh la ..di Gerik Perak
Salam edeen,
Syabas atas usaha yg baik,permulaan yg baik spt ini akan diikuti minat yg mendalam dikalangan pelajar,insyaallah suatu hari nanti akan ada universiti kita yg akan menawarkan kursus bidang numismatik hingga keperingkat ijazah spt di negara2 maju..Kalau disulam juga dgn syiling2 error tentu lebih meriah pamiran begini..
Terima kasih banyak2 edeen...
Post a Comment