Showing posts with label Garage sale Anggerik Mall Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label Garage sale Anggerik Mall Shah Alam. Show all posts

Monday, January 21, 2013

Sambutan Ulang Tahun Pertama




Pada 27/01/2013 (ahad) para peniaga Garage Sale Anggerik Mall Shah Alam, Selangor Malaysia,Persatuan peniaga Anggerik Mall dan kerjasama Kelab/Persatuan/Kumpulan/Grup Facebook seperti Kelab Barang Lama (KEBAL),Antique Porcelin Collector/Club (APC),Pinggan Mangkuk Lama (PML),Nescafe/Milo,Kelab-kelab berkaitan Numismatik (matawang).Program ini juga akan disertai oleh ahli-ahli daripada Horology 4 Unity (peminat mesin kejuruteraan masa (jam),Kelab Botology (Pengkaji botol lama Malaya) Peminat barangan Coke/Pepsi  dan pelbagai cabang/minat dalam arena pengumpulan barang-barang koleksi.Program ini diharap dapat menghimpunkan seluruh komuniti tersebut di bawah satu bumbung kerana program sedemikian jarang dianjurkan dan diharap acara ini menjadi tanda aras/kayu pengukur dan akan menjadi acara tahunan.Diharap program ini mendapat kerjasama dan sokongan daripada peminat/pengumpul daripada seluruh Tanah Air dan rantau berdekatan.

Program ini juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu melihat keunikan koleksi yang dipamerkan oleh para peserta.Sesi jualan turut diadakan bagi mereka yang mahu menambahkan koleksi. 

"BERSAMA MEMELIHARA WARISAN"

"BUKAN SEKADAR HOBI"

Tuesday, October 23, 2012

Garage Sale @ Anggerik Mall Shah Alam @ 21/10/12














N/B: Pada hari tersebut saya telah mengadakan pameran matawang (sebelum dan selepas merdeka) berskala kecil.Tujuan utama adalah untuk berkongsi sedikit pengetahuan dengan pengunjung2 Anggerik Mall berkenaan matawang yang pernah berlegar di Malaya,Temasek (Singapura),Brunei,Sarawak dan Borneo (Sabah) suatu ketika dulu, sehingga matawang yang diguna pakai selepas merdeka sehingga kini.
-Kepada sahabat2 diluar sana yg berkelapangan waktu pada setiap hari ahad. Jemput datang ke sini bermula jam 10 pagi-5 petang. Terima kasih kepada mereka yg memberi sokongan kepada program ini.

Wednesday, October 10, 2012

Garage Sale @ Anggerik Mall @ 07/10/2012





 Rare & Collectables ? Gallery, Damansara Perdana.telah mengadakan peraduan teka & menang (mengira jumlah patung askar di dalam balang horlick) yg bermula di laman KEBAL facebook dan seterusnya membawanya ke Anggerik Mall untuk memeriahkan lagi suasana.


Keputusan telah diketahui.Sebanyak 162 patung askar yang berada di dalam balang Horlick tersebut

Diantara salah seorang pemenang (kedua) iaitu En Zaidi (berkaca mata) iaitu pemilik kedai cermin mata di Anggerik Mall bersama orang kuat ?Gallery iaitu En.Reza Azri dan En.Hafiz (tiada dlm gambar).Senarai pemenang yg bertuah seperti di bawah:
(Pertama) Puan Bashah
(Kedua) En.Zaidi
(Ketiga) Nursara Khaleeda

(Saguhati) Faizal Minyok
(Saguhati) Muhd Aqil Putra
(Saguhati) Ramadhan Aidilfitri Syariffudin
(Saguhati) Mohd Salihin Halim
(Saguhati) Norhissham Rahim
(Saguhati) Diee Cah D’Classic
(Saguhati) Ady Adam

Bukan hadiah yang menjadi ukuran tetapi kemesraan yang terjalin diantara semua yang terlibat.Hobi ini menemukan semua daripada pelbagai latarbelakang kaum,agama dan pandangan politik.Diharap banyak lagi program yang akan dianjurkan oleh para peniaga/penyokong Garage Sale @ Anggerik Mall Shah Alam pada masa depan demi menaikkan arena pengumpulan (collectibles) di bumi Malaysia.

N/B:Walaupun ada yang memandang sinis (termasuklah pengumpul/pemungut  yang telah lama terlibat di arena ini).Sekurang-kurangnya kami mempunyai asas dan tapak sendiri.Bukan menumpang atas populariti sesuatu Pasar lambak/Jualan garaj dan sebagainya.Sesungguhnya minat dan hobi adalah milik semua...

Tuesday, July 31, 2012

Tulang belakang Garage Sale @ Anggerik Mall Shah Alam



  bermula secara berterusan dari awal bulan Januari 2011.Ianya tercetus ekoran siri-siri Garage Sale yang pernah dijalankan di sini.
  

 Inilah wanita besi (Kak Liza) yang menjadi penggerak kepada 1 lagi fenomena Pasar Lambak (Garage Sale/Flea Market) di kejiranan Shah Alam Selangor.Gambar di atas dirakam semasa beliau bersama Program Wanita Hari Ini (TV3)

 Suami Kak Liza iaitu Abg Safari yang bertungkus lumus menyebarkan 'flyer' tentang kewujudan Garage Sale ini kepada penduduk setempat


Mereka juga menjalankan perniagaan sendiri di Tingkat 2 Anggerik Mall Shah Alam.Kecintaan mereka terhadap barang-barang lama ini telah berkembang dengan pembukaan kedai yang dikenali  sebagai IPOH LOKEN.

N/B:Aktiviti ini juga disokong oleh para peniaga (pemilik premis perniagaan) Anggerik Mall seperti Datin Mardhiah dll, Penjual dan Peminat barang lama/antik/ Collectible.Syabas kepada semua.Semoga kita semua dirahmati dan diberkati Allah Yang Maha Esa.

Monday, July 2, 2012

Suasana di Garage Sale@Anggerik Mall@01/07/2012

Keratan akhbar The Star pada 26/06/2012 lalu menperihalkan kewujudan 1 lagi konsep Garage Sale @ Flea Market di Lembah Kelang

 Diantara peniaga dan ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan

 Juadah yang disediakan sesama peniaga

 En Halim (peniaga) dari Ipoh Perak yang memberi sokongan kepada Garage Sale @ Anggerik Mall Shah Alam

 Saya menerangkan sesuatu kepada pengunjung yang hadir

 Tapak niaga En Ally Nazrul. Beliau merupakan peminat barang BMX dan Vespa dll.Beliau juga mempunyai premis perniagaan di Kelang Selangor.Sesiapa yang ingin mencari barang BMX dan vespa boleh berhubung dengan beliau.



 Pakaian dan eksesori yang dijual masih dalam keadaan baik


 Jualan pelbagai jenis buku dengan harga berpatutan


 Dekorasi yang menarik untuk meyerikan rumah anda


 Barang  lama/antik yang sinonim dengan peminatnya



 Akhbar,tin,botol-botol,LP,mainan yang menjadi sebahagian koleksi yang disimpan oleh peminat barang lama/antik/ikonik

 Kaum ibu yang mengisi masa lapang pada hari Ahad menjual sebahagian koleksi 

 Ada barang-barang yang tidak disangka oleh kebanyakkan orang,boleh dijual disini.
bermacam-macam orang,bermacam-macam ragam,bermacam-macam minat


 Penggemar barangan Nescafe dan Milo boleh datang ke sini.Bertukar-tukar pandangan dengan En.Mohd Syariff dan Pn.Lela

Mengimbau kenangan lalu yang tidak luput di ingatan

N/B:Kebanyakkan perniaga disini tidak membawa semua barangan untuk diniagakan kecuali mendapat pesanan daripada bakal pembeli @ pembeli. Konsep  Garage Sale di sini begitu unik kerana para peniaga dan pembeli ibarat sebuah keluarga. Dengan adanya majlis makan-makan, sambutan hari lahir dll dapat mengeratkan silaturrahim sesama mereka.Bukan sekadar hubungan kontrak diantara pembeli dan penjual.