Diantara koleksi yang dipamerkan untuk jualan pada hari tersebut
Saya bersama dengan salah seorang AJK Kelab Warisan Numismatik En.Silmon Loo.Beliau juga mempunyai perniagaan Antik yang terletak di Jalan Wong Ah Jang Kuantan.Beliau juga sahabat Kelab barang lama (KEBAL) Facebook yang memakai gelaran (Silmon Loo).Saya pernah membuat cerita mengenainya di Kedai Antik Kuantan
Pada 02/06/-03/06/2012 Kelab Warisan Numismatik daerah Kuantan telah menyertai Karnival mempromosikan Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan berlangsung pada bulan Julai (7) ini.Pelbagai barangan dipromosikan kepada pengunjung. Kedatangan pengunjung ke Teluk Chempedak pada hari tersebut amat menggalakkan kerana musim cuti sekolah.
Kami mengambil peluang untuk memperkenalkan Kelab Warisan Numismatik kepada orang ramai serta membuat pameran dan jualan matawang lama dan barang-barang lama/antik.
Rata-rata pengunjung amat berpuashati kerana dapat melihat warisan yang dipamerkan oleh kami dan mencetuskan minat generasi baru untuk menghargai barang-barang lama.
Hobi mengumpul duit-duit lama kini bukan sekadar hobi tetapi boleh menjadi perlaburan pada masa depan dengan bimbingan mereka yang lebih arif dalam bidang numismatik.
Kami amat berterima kasaih kepada Presiden Kelab Warisan Numismatik Dato'Sharuddin yang memberi galakan dalam memgembangkan aktiviti Numismatik yang telah dimulainya di daerah Kuantan dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.Dato Presiden juga mempunyai blog yang mempamerkan koleksi beliau yang tersendiri di Galeri Sha Banknotes
Borang keahlian kelab boleh di dapati di kedai antik kuantan bagi sesiapa yang berada di sekitar kuantan, berjumpa saya setiap Ahad di Garage Sale Anggerik Mall Shah Alam /sekitar KL atau melayari blog Dato' Presiden di atas untuk keterangan lanjut.
Aktiviti Kelab Warisan akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan bimbingan dan sokongan orang ramai.Insya'Allah
No comments:
Post a Comment