Pada 12/05/2012.Saya,isteri dan anak (berusia 2 tahun) telah datang ke sini untuk menyambut hari ibu.Ini adalah kali pertama kami datang ke sini,setelah tertangguh beberapa kali (pameran botologi pun terlepas).Saya terpaksa menelefon En Azlan (pemilik restoran) untuk menanyakan lokasi tepat restoran beliau (terima kasih)(maaf ambil gambar tidak minta izin).
Kami telah mencuba hidangan Mee Kari,Ngipoh (nasi goreng ipoh station),air longan dan air bandung soda.Sungguh menyelerakan..erk...Alhamdullilah
Hiasan dinding berupa Tanda Jenama menghiasi restoran ini
Kauter bayaran jelmaan zaman dulu kala.Peristiwa lucu berlaku apabila seorang (L) Cina telah datang ke kaunter bayaran (satu lagi) untuk membeli rokok,setelah beliau melihat banyak tin-tin rokok dipamerkan di kaunter tersebut.Setelah diberitahu ianya hanya sekadar hiasan.Beliau beredar sambil tersenyum.
Seterika lama/antik pelbagai bentuk dan saiz
Saya berkenan yang atas tu.....
Peti nyanyi/Gramafon buatan England
Susunan air botol tamat tempoh
Lepas makan boleh gunting rambut (dekorasi di luar restoran)
Insya'Allah kami akan datang lagi untuk mencuba hidangan lain.Kepada anda yang ingin merasai suasana dulu kala,jemputlah ke sini.Untuk keterangan lebih lanjut layari blog pemilik restoran di http://ipohstation.blogspot.com/
N/B: Akhir kata,selamat menyambut hari ibu dan hari guru.Jasa kalian dalam mendidik kami,amat kami hargai.Kebetulan isteri saya juga seorang ibu dan seorang guru.
-Ibu...ibu....engkaulah ratu hatiku....
No comments:
Post a Comment