Minat mengumpul saya sudah berputik sejak dari kecil iaitu mengumpul syiling yang dijumpai @ pemberian daripada sesiapa sahaja,mengumpul setem yang dikopek daripada surat yang dikirim oleh saudara mara,rakan2 pada musim perayaan dll.Kini budaya mengirim surat semakin hilang,kerana perkembangan teknologi spt SMS, EMAIL,BLOG,FACEBOOK dll.
Minat kepada barang antik/lama juga adalah rentetan daripada minat di atas.Cuma yang membataskannya adalah kekangan kewangan pada waktu itu.Maklumlah masih bersekolah.Melainkan barang2 peninggalan dari kaum kerabat sendiri.
Kini setelah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri,kegiatan ini semakin rancak dan berjalan dengan lancar (Insya'Allah,Amin).Dengan bantuan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama,secara tidak langsung mencambahkan lagi pengetahuan dengan dunia antik ini.
Lampu kabaid ini digunakan oleh para pelombong biji timah di Sg.Lembing,Kuantan Pahang pada masa dahulu.Lombong tersebut adalah lombong yang terpanjang dan terdalam di dunia.Akibat kemerosotan harga biji timah pada tahun 1980 an.Lombong tersebut terpaksa ditutup,yang tinggal padanya adalah nostalgia.......ikuti catatan peristiwa sewaktu saya berkunjung ke sana dahulu.http://edeen2012.blogspot.com/2012/03/kunjungan-ke-bandar-mati-sg-lembing.html
No comments:
Post a Comment