Sunday, March 24, 2013
CHENDOL KLASIK MALAYA
Kepada sahabat2 yang berada di sekitar Daerah Kuantan dan kawasan berdekatan.Boleh datang ke Chendol Klasik Malaya dan mencuba hidangan Mee Udang dan Chendolnya.Disamping itu juga boleh melihat koleksi barangan lama yang dipamerkan.Disitu juga terdapat bahagian jualan barangan lama,tetapi masih belum beroperasi buat masa ini.
Alamat: No B-10, Lorong Sungai Isap Damai 7,Perumahan Sungai Isap Fasa 3,25150 Kuantan Pahang D.M
@ hubungi talian 019-6199045 @ 017-9061837 untuk keterangan lanjut
Saturday, March 23, 2013
PAMERAN MAINAN (TOYS) LAMA
Pada hari Sabtu 30hb Mac 2013 satu pameran 'Vintage Toys' selama 1 hari sahaja akan diadakan di Ipoh Station Antique Cafe mulai jam 10.00am hingga 6.00pm . Pameran ini adalah sempena 5 Tahun Ipoh Station berada dipasaran. Pameran ini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengambil bahagian terutamanya kepada mereka yg menyimpan koleksi permainan (toys). Tidak kira apa bentuk permainan tetapi ianya mestilah berusia sehingga tahun 80an atau yg layak dikenali sebagai Vintage Toys.
Tujuan diadakan pameran ini adalah untuk mengumpul seberapa ramai para Collector atau peminat Vintage Toys, menyediakan platform untuk mengenali di antara satu sama lain serta bertukar pandangan dan pengalaman serta mengenengahkan hobi ini kepada peminat dan masyarakat umum. Di antara permainan yg akan dipamerkan nanti ialah Pedal Car, Pedal Vespa, Tricycle, Bicycle, Tin Toys, Plastics Toys, Die Cast dll.
Difahamkan belum pernah ada penganjuran sebegini lagi di Malaysia dan penyertaan para collector dan peminat amat dialu alukan. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Kepada mereka yang ingin membuka meja jualan juga dialu-alukan.
Kami (ipoh station) selaku penganjur ingin melihat ruang pameran nanti dibanjiri dengan Vintage Toys. Pihak media juga akan dimaklumkan. Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi Azlan 012 2351212, Jamil 019 3831509, Arianmizi 016 2137853 atau Ah Meng 016 3106105. Kepada yg ingin mengambil bahagian sila sahkan penyertaan anda pada atau sebelum 27hb Mac 2013.
Datanglah beramai ramai ke Pameran yg julung julung kali diadakan ini.
Monday, January 21, 2013
Sambutan Ulang Tahun Pertama
Pada 27/01/2013 (ahad) para peniaga Garage Sale Anggerik Mall Shah Alam, Selangor Malaysia,Persatuan peniaga Anggerik Mall dan kerjasama Kelab/Persatuan/Kumpulan/Grup Facebook seperti Kelab Barang Lama (KEBAL),Antique Porcelin Collector/Club (APC),Pinggan Mangkuk Lama (PML),Nescafe/Milo,Kelab-kelab berkaitan Numismatik (matawang).Program ini juga akan disertai oleh ahli-ahli daripada Horology 4 Unity (peminat mesin kejuruteraan masa (jam),Kelab Botology (Pengkaji botol lama Malaya) Peminat barangan Coke/Pepsi dan pelbagai cabang/minat dalam arena pengumpulan barang-barang koleksi.Program ini diharap dapat menghimpunkan seluruh komuniti tersebut di bawah satu bumbung kerana program sedemikian jarang dianjurkan dan diharap acara ini menjadi tanda aras/kayu pengukur dan akan menjadi acara tahunan.Diharap program ini mendapat kerjasama dan sokongan daripada peminat/pengumpul daripada seluruh Tanah Air dan rantau berdekatan.
Program ini juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu melihat keunikan koleksi yang dipamerkan oleh para peserta.Sesi jualan turut diadakan bagi mereka yang mahu menambahkan koleksi.
"BERSAMA MEMELIHARA WARISAN"
"BUKAN SEKADAR HOBI"
Tuesday, November 6, 2012
13hb MEI 1969
.BERSATU DAN BERJAYA-LAH MALAYSIA
.termaktub di-bangunan parlimen,malaysia pada 31hb OGOS 1969
.ditandatangani oleh YDA Ke 4 Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III..........
N/B:kata saya..lupakan detik hitam itu.hargailah keamanan yang dikecapi oleh negara kita.hormat menghormati amalan kita.negara kita mempunyai asas yang telah dipersetujui oleh datuk nenek moyang kita.ke mana pun kita pergi merantau, asal usul kita tetap mengikuti kita.ke arah malaysia yg lebih baik.dirgahayu malaysia
Tuesday, October 23, 2012
Garage Sale @ Anggerik Mall Shah Alam @ 21/10/12
N/B: Pada hari tersebut saya telah mengadakan pameran matawang (sebelum dan selepas merdeka) berskala kecil.Tujuan utama adalah untuk berkongsi sedikit pengetahuan dengan pengunjung2 Anggerik Mall berkenaan matawang yang pernah berlegar di Malaya,Temasek (Singapura),Brunei,Sarawak dan Borneo (Sabah) suatu ketika dulu, sehingga matawang yang diguna pakai selepas merdeka sehingga kini.
-Kepada sahabat2 diluar sana yg berkelapangan waktu pada setiap hari ahad. Jemput datang ke sini bermula jam 10 pagi-5 petang. Terima kasih kepada mereka yg memberi sokongan kepada program ini.
Saturday, October 20, 2012
Seniman Rakyat
Dato' Sudirman bin Haji Arshad (25 Mei 1954 - 22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia. Beliau telah memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi apabila dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTM 1976" pada 11 Ogos1976. Selain itu, beliau juga adalah satu-satunya pemegang gelaran "Penghibur Nombor 1 Asia" (pada 19 Mac 1989) dari Pahang, Malaysia sebelum kehadiran Siti Nurhaliza. Di samping itu, terdapat juga gelaran yang lain untuk beliau seperti "Penghibur Milik Masyarakat", "Seniman Rakyat" dan "Elvis Malaysia". Beliau juga mempunyai pelbagai kebolehan sebagai seorang penyanyi, penghibur, penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang (buku memoir dan kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan dan pelakon.
Koleksi istimewa saya
LP berserta tandatangan beliau pada tahun 1979
Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda penonton yang bernasib baik kerana dapat menyaksikan sendiri beliau secara peribadi atau melalui kaca televisyen. Beliau juga pernah digelar "Cili Padi" selain daripada ketinggiannya yang berukuran 1.57 meter dan kasutnya yang bersaiz 7. Beliau seringkali dilihat dengan mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala memakai sut chaplinesque dengan gayanya yang bersahaja.
N/B:AL-Fatihah.semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin....
Wednesday, October 10, 2012
Garage Sale @ Anggerik Mall @ 07/10/2012
Rare & Collectables ? Gallery, Damansara Perdana.telah mengadakan peraduan teka & menang (mengira jumlah patung askar di dalam balang horlick) yg bermula di laman KEBAL facebook dan seterusnya membawanya ke Anggerik Mall untuk memeriahkan lagi suasana.
Keputusan telah diketahui.Sebanyak 162 patung askar yang berada di dalam balang Horlick tersebut
Diantara salah seorang pemenang (kedua) iaitu En Zaidi (berkaca mata) iaitu pemilik kedai cermin mata di Anggerik Mall bersama orang kuat ?Gallery iaitu En.Reza Azri dan En.Hafiz (tiada dlm gambar).Senarai pemenang yg bertuah seperti di bawah:
(Pertama) Puan Bashah
(Kedua) En.Zaidi
(Ketiga) Nursara Khaleeda
(Saguhati) Faizal Minyok
(Saguhati) Muhd Aqil Putra
(Saguhati) Ramadhan Aidilfitri Syariffudin
(Saguhati) Mohd Salihin Halim
(Saguhati) Norhissham Rahim
(Saguhati) Diee Cah D’Classic
(Saguhati) Ady Adam
(Kedua) En.Zaidi
(Ketiga) Nursara Khaleeda
(Saguhati) Faizal Minyok
(Saguhati) Muhd Aqil Putra
(Saguhati) Ramadhan Aidilfitri Syariffudin
(Saguhati) Mohd Salihin Halim
(Saguhati) Norhissham Rahim
(Saguhati) Diee Cah D’Classic
(Saguhati) Ady Adam
Bukan hadiah yang menjadi ukuran tetapi kemesraan yang terjalin diantara semua yang terlibat.Hobi ini menemukan semua daripada pelbagai latarbelakang kaum,agama dan pandangan politik.Diharap banyak lagi program yang akan dianjurkan oleh para peniaga/penyokong Garage Sale @ Anggerik Mall Shah Alam pada masa depan demi menaikkan arena pengumpulan (collectibles) di bumi Malaysia.
N/B:Walaupun ada yang memandang sinis (termasuklah pengumpul/pemungut yang telah lama terlibat di arena ini).Sekurang-kurangnya kami mempunyai asas dan tapak sendiri.Bukan menumpang atas populariti sesuatu Pasar lambak/Jualan garaj dan sebagainya.Sesungguhnya minat dan hobi adalah milik semua...
Subscribe to:
Posts (Atom)









