Friday, September 28, 2012

SAMPUL SURAT HARI PERTAMA

Pertabalan Ratu Elizabeth ke 2 pada tahun 1953 sebagai pemerintah England dan Negeri-negeri jajahan

 Sampul Surat Hari Pertama merupakan sampul yang dikeluarkan pada hari yang sama setem peringatan dikeluarkan. Cop rasmi (tanda pos) hari pertama adalah berbeza dengan cop pembatalan biasa yang digunakan di pejabat pos pada hari-hari biasa.
Dalam bahasa mudah sampul surat hari pertama dikeluarkan untuk mengenangkan peristiwa penting dalam tahun tersebut.

Negeri naungan @ negeri jajahan? 

N/B: Pendek kata British di Tanah Melayu satu masa dahulu amat beruntung kerana berjaya menundukkan/melemahkan/menjinakkan pemuka-pemuka Tanah Melayu sehingga para penentang mereka  (British)  di anggap menderhaka kepada kepada Negara? Sultan?.Mengambil anak watan berkhidmat dengan mereka untuk meneruskan misi dan visi ke atas 'penjajahan' ini.Sehingga ramai diantara anak watan terkeliru.Siapa yang harus ditentang dan siapa pula yang harus didokong.Dapat saya rasai dilema itu.Menyokong British dianggap belot kepada perjuangan bangsa (bagi sesetengah pihak).Menentang British pula akan dianggap Komunis/derhaka kpd raja dll.apa pilihan yang ada? Duduk diam membiarkan orang lain menentukan hala tuju bangsa yang pernah tersohor suatu masa dahulu? siapa yang telah mempermainkan kita?

-kalau dikatakan negeri jajahan..mesti ada penentangan...
-kalau negeri naungan...mengapa menuntut kemerdekaaan...



Tuesday, September 25, 2012

Wang Kertas dan Keunikannya

 Siri satu2 (one2 series) L1
$1 Dollar (Malaya) King George the Sixth 1941 
$1 Ringgit (Malaysia) 1976-81

 Siri satu2 (one2 series) A1
$1 (MBB) Queen Elizabeth the Second 1953
$5 (MBB) Queen Elizabeth the Second 1953

 Siri satu2 (one2 series) A1
$1 Dollar Brunei 1967
$5 Dollar Brunei 1967

Siri berulang (Repeat series)
$10 Dollar (MBB) Queen Elizabeth the Second 1953
$10 Ringgit (Malaysia) 1976-81

* MBB (Malaya and British Borneo)

Pengumpul-pengumpul duit/wang mempunyai ragam simpanan yang berbeza dalam mengumpul koleksi mereka.Ada yg menyimpan sekadar ada,menyimpan no.siri yang sama,no siri yang menarik, @ nombor-nombor yang dikatakan akan memberi tuah kepada mereka.Termasuk juga duit/wang yang tersilap cetak dan mempunyai kesilapan tertentu.Ini menjadikan cabang mengumpul duit menjadi luas dan unik.Masing-masing mempunyai kelebihan dan kehebatan yang tersendiri dalam menentukan arah tuju hobi mereka.

Saturday, September 22, 2012

LESEN PENGANGKUTAN

 Digunakan pada tahun 1958
Federation of Malaya

 Digunakan pada tahun 1968
Negeri2 Tanah Melayu

Digunakan sehingga tahun 1980 an

Friday, September 14, 2012

Selamat Menyambut Hari Malaysia




16 September 1963 adalah hari penggabungan/kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya dikenali sebagai Malaysia iaitu gabungan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan (KL,Putrajaya dan Labuan)

Kearah Malaysia yang lebih baik

Sunday, September 2, 2012

Selamat menyambut kemerdekaan ke 55



Sejarah adalah subjek kegemaranku semasa di bangku sekolah.Satu pertanyaan yang memerlukan analisa kritis.Pejuang bangsa generasi sezaman Dato Bahaman,Mat Kilau,Tok Janggut,Haji Abd Rahman Limbong dan dll dianggap pejuang/pahlawan menentang anasir luar.Tetapi apabila Raja-raja Melayu menerima Sistem Residen.Mereka ini dan pejuang terkemudian termasuk yg berhaluan "kiri" dianggap pula sebagai penderhaka/p
emberontak.Mainan Sang Penjajah melagakan anak bangsa.Pemuda Melayu diambil berkhidmat kononnya untuk menjaga tanah air.hakikatnya untuk menjaga kepentingan mereka di rantau ini.Apa pilihan yg ada? Bersama British @ menentang British.Apabila Jepun menyerang.Mereka (British) bercempera lari meninggalkan kita terkontang-kanting mempertahankan tanah air.Semoga sejarah yang tulus dan adil menghakimi mereka semua.AL-Fatihah utk bunga2 bangsa yang gugur mempertahan Agama,Bangsa dan Negara.Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 55.....




Puluhan tahun kita semua menyambut bulan kemerdekaan dan selama itu juga kita disogokkan dengan cerita pengorbanan anak watan menentang penjajah/penceroboh/pengacau di televisyen.Cerita yang sinonim ialah Sarjan Hassan (penjajah Jepun) dan Bukit Kepong (Pengganas Komunis).Langsung tiada cerita berkenaan Penjajah British.Sehingga generasi yang tidak menyelusuri Sejarah tidak mengetahui bahawasanya British adalah penjajah kita yang utama.Adakah kemerdekaan kita ini bersyarat? Adakah kita (Malaysia) masih dipantau oleh pentadbiran London (England)?




N/B:
 Adakah semua pengorbanan yang dilakukan oleh Dato Bahaman (Org Kaya Semantan),Mat Kilau,Abd Rahman Limbong,Tok janggut,Dato Maharajalela,Rentap,Mat Saleh,Rosli Dhobi dan lain-lain itu sia-sia? Ya,mereka semua itu menentang BRITISH !

Tuesday, August 7, 2012

Pemain Piring Hitam Mudah Alih

 Jenama National.Pemain yang boleh putarkan Piring Hitam 33(LP),45(EP),dan 78(SP-Piring Batu) RPM (kelajuan)

 Didatangkan sekali dengan Radio 2 siaran (SW,MW).Pemain Piring Hitam dan Radio berfungsi dengan baik.Sesuai dengan usianya

 Bentuk beg 'James Bond' yang nipis memudahkan ianya dibawa ke mana sahaja.

Jika tidak diberitahu kepada generasi kini,mungkin ramai yang tidak mengetahui isi kandungan beg ini.Gajet hiburan yang mengalami evolusi dari semasa ke semasa.Barang peninggalan lama perlu dijaga juga, untuk tatapan dan pengetahuan generasi kemudian.
"Yang baru dikelek,yang lama jangan dibiarkan berciciran"

N/B: Piring hitam (juga dikenali sebagai Rekod Gramofon, Rekod Fonograf atau hanya Rekod) merujuk kepada kepingan Peranti Storan bahan audio berekod. Sekiranya dibuat daripada PVC, ianya juga dikenali sebagai Rekod Vinil.
Ia terdapat dalam pelbagai versi antaranya adalah :-
  • Yang memuatkan hanya satu atau dua lagu saja, ia dipanggil SP (Single Play)
  • Yang memuatkan empat lagu tu ialah dikenalai sebagai EP (Extended Play).
  • Yang memuatkan lebih dari itu dikenali sebagai LP (Long Play).

Tuesday, July 31, 2012

Tulang belakang Garage Sale @ Anggerik Mall Shah Alam



  bermula secara berterusan dari awal bulan Januari 2011.Ianya tercetus ekoran siri-siri Garage Sale yang pernah dijalankan di sini.
  

 Inilah wanita besi (Kak Liza) yang menjadi penggerak kepada 1 lagi fenomena Pasar Lambak (Garage Sale/Flea Market) di kejiranan Shah Alam Selangor.Gambar di atas dirakam semasa beliau bersama Program Wanita Hari Ini (TV3)

 Suami Kak Liza iaitu Abg Safari yang bertungkus lumus menyebarkan 'flyer' tentang kewujudan Garage Sale ini kepada penduduk setempat


Mereka juga menjalankan perniagaan sendiri di Tingkat 2 Anggerik Mall Shah Alam.Kecintaan mereka terhadap barang-barang lama ini telah berkembang dengan pembukaan kedai yang dikenali  sebagai IPOH LOKEN.

N/B:Aktiviti ini juga disokong oleh para peniaga (pemilik premis perniagaan) Anggerik Mall seperti Datin Mardhiah dll, Penjual dan Peminat barang lama/antik/ Collectible.Syabas kepada semua.Semoga kita semua dirahmati dan diberkati Allah Yang Maha Esa.