Tuesday, August 7, 2012

Pemain Piring Hitam Mudah Alih

 Jenama National.Pemain yang boleh putarkan Piring Hitam 33(LP),45(EP),dan 78(SP-Piring Batu) RPM (kelajuan)

 Didatangkan sekali dengan Radio 2 siaran (SW,MW).Pemain Piring Hitam dan Radio berfungsi dengan baik.Sesuai dengan usianya

 Bentuk beg 'James Bond' yang nipis memudahkan ianya dibawa ke mana sahaja.

Jika tidak diberitahu kepada generasi kini,mungkin ramai yang tidak mengetahui isi kandungan beg ini.Gajet hiburan yang mengalami evolusi dari semasa ke semasa.Barang peninggalan lama perlu dijaga juga, untuk tatapan dan pengetahuan generasi kemudian.
"Yang baru dikelek,yang lama jangan dibiarkan berciciran"

N/B: Piring hitam (juga dikenali sebagai Rekod Gramofon, Rekod Fonograf atau hanya Rekod) merujuk kepada kepingan Peranti Storan bahan audio berekod. Sekiranya dibuat daripada PVC, ianya juga dikenali sebagai Rekod Vinil.
Ia terdapat dalam pelbagai versi antaranya adalah :-
  • Yang memuatkan hanya satu atau dua lagu saja, ia dipanggil SP (Single Play)
  • Yang memuatkan empat lagu tu ialah dikenalai sebagai EP (Extended Play).
  • Yang memuatkan lebih dari itu dikenali sebagai LP (Long Play).

Tuesday, July 31, 2012

Tulang belakang Garage Sale @ Anggerik Mall Shah Alam



  bermula secara berterusan dari awal bulan Januari 2011.Ianya tercetus ekoran siri-siri Garage Sale yang pernah dijalankan di sini.
  

 Inilah wanita besi (Kak Liza) yang menjadi penggerak kepada 1 lagi fenomena Pasar Lambak (Garage Sale/Flea Market) di kejiranan Shah Alam Selangor.Gambar di atas dirakam semasa beliau bersama Program Wanita Hari Ini (TV3)

 Suami Kak Liza iaitu Abg Safari yang bertungkus lumus menyebarkan 'flyer' tentang kewujudan Garage Sale ini kepada penduduk setempat


Mereka juga menjalankan perniagaan sendiri di Tingkat 2 Anggerik Mall Shah Alam.Kecintaan mereka terhadap barang-barang lama ini telah berkembang dengan pembukaan kedai yang dikenali  sebagai IPOH LOKEN.

N/B:Aktiviti ini juga disokong oleh para peniaga (pemilik premis perniagaan) Anggerik Mall seperti Datin Mardhiah dll, Penjual dan Peminat barang lama/antik/ Collectible.Syabas kepada semua.Semoga kita semua dirahmati dan diberkati Allah Yang Maha Esa.

Thursday, July 26, 2012

Satay Kajang Haji Samuri

 Selesai meniaga di Garage Sale @ Anggerik Mall Shah Alam pada 22/07/2012.Kami mengambil keputusan untuk berbuka di luar sambil mencari barang keperluan harian.Kami memilih untuk berbuka puasa di Restoran Satay Kajang Haji Samuri cawangan Shah Alam yang terletak di dalam bangunan PKNS.(berhadapan dengan bank BSN)

 Dekorasi yang dibuat seperti kaunter pertanyaan @ tempat membuat ABC.
Tempat membuat ABC sebenar di bahagian lain.

 Senarai harga satay yang dipamerkan.Makanan panas juga disediakan sebagai menu sampingan

 Pinggan mangkuk lama (PML) menjadi sebagian hiasan yang menjadi penyeri restoran ini

 Dekorasi lain yang terdapat di dalam restoran tersebut

Gambar lama menunjukkan penjual satay di Kajang pada masa dahulu bersama pelanggan seorang peon (budak pejabat) berbangsa melayu.Gambar tersebut memperihalkan kemerosotan jumlah penduduk berbangsa Melayu dalam tahun2 tertentu di daerah Kajang.

Lukisan menggambarkan suasana masyarakat dahulu menikmati sajian satay di bawah pokok.Suasana yang menjadi nostalgia dan sejarah tentang gaya dan mutu hidup masyarakat dahulu.Tetapi dengan keazaman yang tinggi membolehkan sesuatu itu menjadi "lagenda" yang dikenang sepanjang zaman.

N/B: Bukan sahaja menu sajian yang menjadi ukuran tetapi dekorasi dalaman yang menggamit kami ke sana.Kepada sahabat2 yang mencari tempat untuk menikmati hidangan satay.Restoran ini adalah jawapannya.Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak..Elakkan pembaziran dalam hidup kita.

Friday, July 20, 2012

Perbincangan Awal Untuk Pameran Numismatik

 Kelab Warisan Numismatik sedang merancang satu pameran Numismatik peringkat Nasional yang diharap dapat disertai oleh Kelab/Persatuan Nusmismatik tanah air.Pameran telah dirancang untuk diadakan di Muzium Seni (dahulunya Muzium Tokoh) di Kuantan Pahang pada hujung tahun ini (Insya'Allah) 

 Muzium Tokoh yang kini telah menjadi Muzium Seni yang terletak bersebelahan dengan Mahkamah Majistret   Kuantan.Juga berdekatan dengan Hotel Shahzan inn, Pejabat Agama dan Masjid Besar Kuantan.


 Saya bersama Dato'Presiden Kelab Warisan Numismatik (Dato'Sharuddin) mengadakan perbincangan awal Kelab Warisan dengan Pegawai/Kakitangan Muzium Seni untuk mengadakan pameran Numismatik di sini.

 Dato'Presiden mencatit perkara-perkara wajib yang perlu disediakan untuk perhatian Pihak Muzium Pahang
dalam melancarkan agenda yang dirancang.

Pada ketika ini Muzium Seni sedang mengadakan pameran Dato' Lat.(Kartunis tersohor tanah air).Pameran berkisar sejarah beliau sejak berkecimpung dalam bidang seni/hasil-hasil yang direka sejak mula hingga kini.

N/B: Diharap segala agenda yang dirancang berjalan dengan lancar bagi memeriahkan dunia Numismatik ini.Pameran juga diharap menjadi pendorong kepada orang awam untuk mencintai dan menghargai cabang seni ini.Kepada peminat/pengumpul/pakar dalam bidang ini diharap dapat sama-sama menjayakan program yang jarang-jarang diadakan di negara kita ini.

Wednesday, July 18, 2012

Kedai Numismatik Kompleks Teruntum Kuantan


Kedai Numismatik ini terletak di tingkat bawah (bersebelahan ruang legar) Kompleks Teruntum Kuantan Pahang Darul Makmur 



Bukan sahaja duit negara kita tetapi ada juga  duit daripada negara lain yang dijual disini  

Diantara Kad Koin yang menjadi koleksi sesetengah pengumpul

Kedai ini bukan sahaja menjual duit-duit lama tetapi juga aksesori untuk menyimpan koleksi duit supaya terpelihara degan lebih baik

Duit-duit peringatan atas isu-isu berkaitan 

Pemilik kedai adalah En Rahim yang juga salah seorang AJK Kelab Warisan Numismatik


En Rahim dan salah seorang ahli kelab bersama Dato' Presiden Kelab Warisan Numismatik (Dato' Sharuddin-berbaju putih) yang kebetulan berada di Kuantan atas urusan perniagaan dan urusan kelab.
  

En Rahim bukan sahaja peminat Numismatik tetapi beliau juga merupakan pengumpul dan penjual barang-barang lama/antik. Pengumpul/kolektor di sekitar Kuantan amat mengenali beliau.Kepada sahabat-sahabat di luar sana yang kebetulan berada di Daerah Kuantan bolehlah singgah di premis beliau untuk mengenali beliau dengan lebih dekat dan bertukar-tukar pandapat mengenai bidang yang diceburinya.

N/B: Kepada sesiapa yang berada di kawasan sekitar dan mahu menjadi ahli Kelab Warisan Numismatik,anda boleh mengambil borang keahlian di premis beliau @ hubungi beliau di talian 012-9896171 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, July 5, 2012

SUKMA DATANG LAGI


 Sukan Malaysia (SUKMA) kembali lagi ke Pahang pada tahun ini yang berlangsung pada 07/07/2012 hingga 16/07/2012.Kepada sahabat-sahabat yang berada di sekitar Kuantan, Pekan dan Temerloh.Bolehlah memeriahkan suasana.Mesti rata-rata sahabat pernah menyertai SUKMA samada sebagai peserta @ sukarelawan.Dibawah saya sertakan gambar nostalgia SUKMA 1996 yang pada waktu itu Negeri Pahang sebagai Tuan Rumah.



 Gajah adalah maskot rasmi Negeri Pahang

 Para sukarelawan yang mengambil bahagian

 Para atlet yang mewakili kontijen masing-masing


 Baju T SUKMA seperti yang dipakai oleh pakcik berkopiah itu masih saya simpan sebagai kenangan


 Di antara wakil-wakil atlet negeri-negeri 

 Barisan jurugambar dan wartawan yang membuat liputan

Stadium Darulmakmur dipenuhi penonton yang hadir memberi sokongan

N/B: SUKMA adalah tempat dimana anak-anak Malaysia mengasah/mempamerkan bakat masing-masing dalam bidang sukan.Juga menjadi platfom Persatuan/Kelab sukan mengenali para atlet yang boleh diangkat keperingkat lebih tinggi.

*Gambar-gambar di atas adalah ehsan daripada halaman FB mykuantan