Monday, March 19, 2012

KOLEKSI RADIO

Philips (pada badan tertera tarikh December 1953)

Philips

Schaub Lorenz West Germany

Saturday, March 17, 2012

NOSTALGIA DI CAR BOOT BAZAR TITIWANGSA







Tahun 2010. Idea asal KL Car boot Bazar Titiwangsa adalah daripada Unit Kebudayaan DBKL untuk menarik para pelancong setelah lokasi asal (perancangan) di belakang jalan Bangunan Sultan Abdul Samad (dataran merdeka) dipindahkan ke sini tetapi  setelah diserahkan kepada Unit Penjaja DBKL untuk diselia, tempat ini  sudah lengang kerana tiada perancangan rapi dari pihak DBKL

Wednesday, March 14, 2012

KUNJUNGAN KE BANDAR 'MATI' SG LEMBING

Pintu gerbang menyambut kedatangan saya pada  hari Selasa 13/03/2012.




 Sebahagian bangunan perniagaan yang terdapat di sini.Kebanyakannya sudah tidak beroperasi disebabkan
pelbagai faktor seperti pemilik asal sudah meninggal dunia/uzur dan generasi baru 
sudah berhijrah ke luar mencari pekerjaan yang sesuai.

 Rumah bekas pekerja-pekerja lombong

 Rumah Persatuan Angkatan Tenaga Mulia (ATM)



 Bekas rumah kelab pekerja-pekerja lombong dari asia 
yang kini menjadi Pejabat Penyelanggaraan Majlis Perbandaran 
Kuantan (MPK).Pekerja-pekerja Inggeris ditempatkan di kawasan lain.

 Rumah tinggalan pegawai Inggeris

 Juga rumah tinggalan pegawai Inggeris yang kini menjadi Muzium 
Sg Lembing.
                                   Waktu melawat: Isnin-Ahad (9pg-5ptg)
                                                            Jumaat (9pg-12.15 t/hari ) (2.45ptg-5ptg)   
                                  Tutup:                 hari raya aidilfitri dan hari raya aidiladha       

 Bangunan ini dulunya adalah sebuah panggung wayang yang menjadi tempat bagi pekerja dan penduduk setempat berhibur 





 Sebahagian tapak operasi perlombongan bijih timah.Saya tidak berkesempatan untuk masuk ke terowong lombong bijih timah kerana faktor keselamatan.Perlu di ketahui bahawa lombong bijih timah di Sg Lembing ini adalah yang terpanjang/terdalam di dunia.


 Tapak asal medan selera ini adalah sebuah sekolah melayu di Sg Lembing.Kini sekolah baru telah dibina di tempat lain 

 Pondok telefon gaya lama


 Satu-satunya pam minyak yang terdapat disini.

 Menemubual bekas pekerja lombong yang dikenali sebagai Pak Samad berumur lingkungan 80 an.Beliau sempat menawarkan batu cincin kepada saya

 Juga berkesempatan berbual dengan Pak Taib yang juga bekas pekerja lombong.Beliau banyak berkongsi pengalaman beliau dan sejarah-sejarah yang ada.

 Inilah sebahagian aliran Sg Lembing

Bandar Sg Lembing digelar bandar 'mati' kerana selepas kemerosotan/kejatuhan harga bijih timah dalam tahun 1986,tiada aktiviti ekonomi yang khusus di jalankan di sini.Perlombongan bijih timah adalah nadi kehidupan di sini pada waktu tersebut.Satu lagi penyebab bandar ini 'MATI' ialah ianya adalah perhentian terakhir, tiada jalan untuk menghala ke bandar @ pekan lain kecuali kita berpatah balik ke Kuantan untuk menuju ke destinasi lain.Pada pendapat saya,jika jalan-jalan baru dibuka menghubungkan bandar Sg Lembing dengan tempat lain.Bandar Sg Lembing pasti 'HIDUP'semula.

N/B: Untuk makluman semua, datuk saya juga adalah salah seorang bekas pekerja lombong bijih timah di Sg Lembing ini.Selepas zaman kemerosotannya,datuk saya telah berhijrah ke kawasan lain di Sekitar Kuantan dan menjadi seorang nelayan pula.






















Tuesday, March 13, 2012

KUNJUNGAN KE KEDAI ANTIK DI KUANTAN










Kedai antik yang terletak di Jalan Wong Ah Jang Kuantan Pahang adalah kepunyaan seorang peniaga keturunan Cina yang di kenali sebagai En Simon.Berumur lingkungan 30 an.Beliau meneruskan legasi mendiang ayahnya (meninggal dunia tahun lepas (2011) yang menjalankan perniagaan antik selama lebih 30 tahun di Bandar Kuantan.
Apa yang menarik di kedainya ialah percampuran elemen kebudayaan Melayu,Cina dll pada koleksi yang dipamerkan seperti alat kebudayaan Melayu, tembikar/barang kaca/simbol2 kebudayaan cina dan kebudayaan etnik-etnik lain.
Beliau seorang yang peramah dan sentiasa menyambut kedatangan tetamu yang mempunyai minat yang sama dengan beliau.
Kepada kominiti antik yang berkunjung ke Bandar Kuantan, jangan lupa singgah ke kedai beliau yang beralamat di:
Goldenlights Antiques & Curios
E-2120 Jalan Dato Wong Ah Jang 25100
Kuantan Pahang Darul Makmur

Monday, March 12, 2012

LESEN MEMANDU SIAPA INI?



Lesen memandu ini adalah milik ayahanda kepada mantan Perdana menteri malaysia ke-5 Tun Abdulah Badawi 
iaitu Arwahyarham Haji Ahmad Bin Haji Abdullah.Beliau pada waktu itu (sekitar tahun 1970 an) adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang.Beliau telah kembali kepada Rahmatullah pada bulan Mei 1977-Al-Fatihah 

N/B: Lesen memandu ini saya perolehi sewaktu berkunjung ke Alor Setar