Sunday, February 2, 2014

Lubuk barang lama/antik/pengumpulan


Rare & Collectables

  • PG17,Perdana Shopping Center,Bandar Damansara Perdana
  • 47820 Petaling Jaya, Malaysia  016-9003482 (Rizz)


  • Disini saya menjual pelbagai jenis barangan lama terutamanya pinggan, mangkuk,teko,beg lama,collectable item spt coke,pepsi,7up dll. Sila hubungi atau sms saya di 0172422693 (Liza).Kalau nak tengok dengan lebih dekat datanglah ke Kedai saya di Anggerik Mall,Shah Alam.

  • Goldenlights Antiques & Curios
    E-2120 Jalan Dato Wong Ah Jang 25100
    Kuantan Pahang Darul Makmur
  • Silmon Loo 0129526933

Wednesday, January 15, 2014

Nostalgia Semalam

Sebelum banjir

Selepas banjir

Akhbar Sinar Harian bertarikh 17 Disember 2013


 KUANTAN –  “Bimbang tidak boleh keluar ke jalan utama saya nekad meninggalkan kedai dan hanya berputih mata melihat barang-barang antik serta lama ditenggelami air."

Demikian luahan pemilik restoran dan kedai antik, Faizal Izwa Nawi, 32, yang turut menjadi mangsa banjir, baru-baru ini di Perkampungan Sungai Isap Damai, dekat sini.

Menurutnya, memandangkan perniagaannya berkonsepkan restoran yang turut menjual barangan antik dan lama jadi kerugian dialami lebih berganda iaitu kira-kira RM10,000.

“Memang sudah menjangkakan akan berlaku banjir seperti yang berlaku sebelum ini tetapi saya rasa mungkin paras lutut sahaja jadi hanya kemas sebahagian sahaja dan memindahkan barang-barang kedai yang perlu.

“Tetapi tidak sangka pula air yang masuk ke dalam kedai kira-kira empat kaki tingginya dan menenggelamkan sebahagian barang-barang termasuk perhiasan antik terutama yang saya jadikan paparan untuk pelanggan melihatnya.

“Selain barang elektrik dan perabot kedai yang musnah, barang antik dan lama yang masih boleh digunakan juga telah rosak seperti radio, pemain piring hitam, televisyen hitam putih, almari perhiasan dan banyak lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

 Dalam pada itu, katanya, adakala terbit juga kelegaan kerana dalam masa yang singkat dan air yang naik secara mendadak tidak semua barangan kedai dan antik rosak kerana ada yang berjaya diselamatkan.

“Mujur di bahagian atas kedai telah dibuat sedikit penambahan untuk menyimpan stok barang-barang antik dan lama beberapa bulan lalu jadi mampu mengelakkan kerugian dialami lebih besar lagi.

“Walaupun ada juga barang-barang rosak, saya akan cuba melihat kembali dan membaiki setakat yang mampu.

“Semua ini mengambil masa agak lama untuk kembali pulih kerana ada sesetengah barang memerlukan kepakaran untuk dibaiki,” katanya.

Sementara itu, katanya walaupun kerugian mencecah puluhan ribu namun tidak menyalah mana-mana pihak kerana bencana banjir tidak boleh dijangka.

“Kalau nak ikutkan perumahan di hadapan kedai ini lagi teruk mengalami kerugian dan membimbangkan daripada kedai saya.

“Namun saya tetap bersyukur dengan musibah ini asalkan kami semua tidak terlibat daripada sebarang kemalangan jiwa di musim ini.

“Apa pun yang berlaku saya masih mahu meneruskan perniagaan di sini dan sedang berusaha untuk membersihkan kedai memandangkan tidak ada masalah lain untuk berniaga melainkan banjir sahaja pada setiap hujung tahun,” katanya.

Wednesday, November 27, 2013

Chendol Klasik Malaya Kuantan



 CKM sebenarnya cuba menggabungkan konsep kedai makan berdekorasi serba sedikit brg2 lama dan juga kedai menjual barang-barang pengumpulan/hobi/barang lama dan antik yang diletakkan di bawah 1 bumbung.Supaya mereka yang datang ke sini,tidak pulang dengan tangan @ perut kosong......


 (1)
 (2)
 (3)
(1)(2)(3)  Bahagian atas yang menempatkan barang-lama untuk dijual


 Menu asas adalah Chendol/ABC dan Mee Udang/Nasi Ayam serta makanan bergoreng seperti keropok/pisang goreng,cucur udang,cekodok pisang.Menu-menu lain akan ditambah mengikut kesesuaian dari semasa ke semasa.

Hari sabtu tidak beroperasi.Segala info berkaitan boleh didapati di https://www.facebook.com/pages/Chendol-Klasik-Malaya-CKM/389044264537114

Saturday, September 14, 2013

Undang-undang Islam gemilang sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu

Buat mereka yang tidak yakin dengan perundangan islam selepas dijajah ratusan tahun,semoga ada kesedaran dalam kehidupan berugama.

Oleh Zainul Rijal Abu Bakar (majlis peguam syariah)
14/06/2010

Usaha penjajah Inggeris pisahkan urusan sivil, keagamaan dalam pentadbiran negara berjaya

SEBELUM kedatangan penjajah, Tanah Melayu sudah melaksanakan undang-undang Islam dalam urusan kehidupan seharian. Umat Islam diadili di hadapan Sultan, Raja, pemerintah kawasan dan sebagainya berdasarkan undang-undang Islam dalam semua urusan termasuk hal-ehwal kekeluargaan, muamalat dan jenayah.

Undang-undang awal di Tanah Melayu menitikberatkan undang-undang Islam. Ini dapat dilihat umpamanya di dalam Undang-Undang 99 Perak dan Kanun Melaka kebanyakan undang-undangnya adalah berteraskan Islam.

Apabila Inggeris datang ke Tanah Melayu, mereka mengetahui dan menyedari undang-undang Islam adalah undang-undang yang diterima pakai dan dilaksanakan di sini. Jika kita merujuk kepada kes yang diputuskan di mahkamah, hakim Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu ketika itu tidak menafikan kedudukan undang-undang asal yang dilaksanakan.

Contohnya dalam satu kes iaitu Rahmah lwn Laton yang diputuskan pada 1927, mahkamah memutuskan undang-undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi ia adalah undang-undang asal yang diterima pakai serta dilaksanakan di Tanah Melayu.

Selepas Inggeris menduduki Tanah Melayu, pihak Inggeris dan Raja-Raja Melayu memeterai beberapa perjanjian atau dipanggil triti. Dalam triti itu, diletakkan syarat Residen Inggeris dibenarkan memberi bantuan kepakaran dalam mentadbir urusan negara kepada pihak Sultan.

Namun begitu, residen tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran agama serta pelaksanaan undang-undang Islam di Tanah Melayu. Pada ketika itu, urusan undang-undang mula dibahagikan kepada aspek yang terpisah. Undang-undang muamalat atau transaksi dianggap urusan keduniaan yang tidak berkait dengan Islam.

Begitu juga kedudukan undang-undang jenayah. Akhirnya dianggap urusan agama dan adat-istiadat hanya merujuk kepada urusan ibadah khususiah orang Islam dan juga urusan perkahwinan yang dipanggil ‘undang-undang diri’ serta beberapa kesalahan membabitkan hukum agama yang khusus seperti tidak berpuasa dan sebagainya.

Selepas menguasai Pulau Pinang pada 1786, Inggeris berusaha bersungguh-sungguh membawa undang-undang mereka ke sini. Mereka menubuhkan mahkamah dan melantik hakim yang mahir undang-undang Inggeris untuk bertugas dan mengadili kes di Tanah Melayu. Perkara sama berlaku di Singapura dan Melaka.

Inggeris juga memperkenalkan tiga piagam dipanggil ‘Charters of Justice’ (Piagam Keadilan pertama) pada 1807, (Piagam Keadilan kedua) pada 1826 dan (Piagam Keadilan ketiga) pada 1885. Semua ini bertujuan mengangkat taraf undang-undang Inggeris dan secara tidak langsung menenggelamkan serta menyisihkan undang-undang Islam yang dulunya diamalkan sebagai undang-undang asas (lex loci).

Campur tangan secara langsung terhadap urusan kekeluargaan orang Islam di Tanah Melayu juga berlaku pada 1880. Inggeris memperkenalkan satu ordinan dipanggil ‘Muhammedan Marriage Ordinance’ (Ordinance no. 5, 1880). Ordinan ini digubal dengan tujuan untuk menetapkan sejauh mana undang-undang Islam boleh diterima dan diiktiraf mahkamah.

Dengan terlaksananya ordinan ini juga, maka cita-cita dan usaha British untuk memisahkan di antara urusan sivil dan keagamaan yang dirancang sejak kedatangannya ke Tanah Melayu mula terzahir dengan begitu jelas.

Apa yang berlaku sebenarnya menunjukkan Inggeris campur tangan secara langsung dan tidak langsung terhadap perkara yang berkaitan dengan agama dan juga adat-istiadat Melayu. Dalam ordinan itu juga, perkara mengenai pendaftaran perkahwinan dan perceraian orang Islam, pengiktirafan kepada kedudukan kadi dan peraturan terhadap harta perempuan yang berkahwin, diperuntukkan.

Apabila Inggeris menguatkuasakan undang-undang Muhammadan Marriage and Divorce Registration Enactment Chapter 197 of Revised Law of Federated Malay States, 1935, ia lebih memusatkan kepada aspek pentadbiran seperti pendaftaran perkahwinan, perceraian dan rujuk serta sedikit hukum asas dalam perkahwinan.

Ia bertujuan memudahkan British mengawal selia urusan kekeluargaan masyarakat Islam di samping cuba mengekalkan polisi tidak mencampuri hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu secara langsung dan tidak menghina amalan sedia ada.

Bermula pada awal 1950-an, tindakan pertama dijalankan dengan tergubalnya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, Selangor 1952 yang mengandungi urusan penubuhan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor yang membantu Sultan dalam mentadbir perkara berkaitan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.

Hak dan kuasa majlis, peraturan mesyuaratnya, penubuhan Jabatan Agama Islam, pelantikan Mufti dan Jawatankuasa Fatwa. Enakmen Pentadbiran 1952 ini juga memperuntukkan perkara berkaitan dengan urusan wakaf, nazar, zakat, fitrah, pungutan khairat, hal-ehwal wang amanah, pengurusan masjid dan pelantikan pegawainya.

Aspek kekeluargaan ada diperuntukkan tetapi tidaklah terperinci. Ia hanya meliputi urusan pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembubaran perkahwinan, harta sepencarian, penjagaan anak-anak, nafkah anak-anak dan isteri, anak sah taraf dan sebagainya.

Kandungan Enakmen Pentadbiran 1952 ini sebenarnya lebih kepada menggabungkan pelbagai undang-undang pentadbiran agama Islam dan menggantikan pemakaian kanun Muhammadan Enactmen.

Jelaslah campur tangan British secara langsung dan tidak langsung terhadap undang-undang Islam sudah berlaku. British meninggalkan kita hampir 53 tahun lalu tetapi kita masih di takuk lama dalam usaha mengarusperdanakan syariah.
Kegemilangan undang-undang Islam pra-British perlu dikembalikan.

Undang-undang Islam yang dipinggirkan itu perlu diletakkan semula ke tempatnya kembali. Walaupun ada usaha untuk memartabatkan undang-undang Islam di pelbagai pihak, nampaknya kehendak politik masih membataskan kejayaan meletakkan Islam sebagai agama bagi persekutuan pada hakikatnya sebenar.

Monday, August 26, 2013

HENRY GURNEY





Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya... Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.
Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948).
Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.
Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948)yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.

Malangnya, nama beliau di sanjung di Tanah Melayu. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda.
Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!
Elok sangat guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.

sumber :FB

Nota bawah: terima kasih PKM kerana membunuh beliau, Penentangan PKM menentang penjajah British adalah baik,cuma mahu menghidupkan fahaman komunis dan bercita-cita mendirikan negara komunis adalah tidak cocok dengan inspirasi penduduk Tanah Melayu terutama oleh Bumiputera Melayu Islam,lebih-lebih lagi pada waktu itu bangsa cina adalah pendatang di Tanah Melayu. Disaat ada umat Melayu yang menentang penjajahan British ada juga umat melayu yg bersengkokol dan mempertahankan ketuanan Inggeris.Jadi APA PILIHAN YG ADA? sesungguhnya setiap penentangan/pemberontakan/peperangan akan memakan korban..Kini sudah tiba masanya helaian lembaran sejarah diselak supaya kita lebih memahami erti sebenar perjuangan bangsa yang merdeka.......