Wednesday, June 27, 2012

Pameran Wang Sebelum dan Selepas Merdeka

Sempena sambutan hari koperasi di Sek.Men.Keb.Puteri Titiwangsa Jalan Temerloh KL.(berdekatan Pusat Darah Negara dan Balai Senilukis)Saya mengambil kesempatan mengadakan pameran solo secara kecil-kecilan untuk berkongsi serba sedikit  pengetahuan dengan pelajar,guru dan pengunjung yang hadir pada program tersebut.

 Pameran bertema "wang sebelum dan selepas merdeka" dimulakan dengan matawang zaman Raja George ke (6),1941-42

 Zaman pendudukan Tentera Jepun yang terkenal dengan "duit pokok pisang" 1942-45



 Zaman Ratu Elizabeth ke (2) 1953, Duit $1 Dollar kapal layar 1957 dan $10 Dollar Kerbau Bajak 1961

 Seterusnya matawang selepas merdeka bermula dari tahun 1967 hingga kini.
Termasuk wang kertas RM 50 peringatan Sukan Komenwel 1998 yang menjadi perhatian ramai kerana warnanya yang unik.Rata-rata pengunjung tidak mengetahui akan kewujudan wang kertas tersebut dan menyangka ianya wang kertas baru yang dikeluarkan oleh Bank Negara.

 Diantara guru yang turut serta memeriahkan pameran

 Para pelajar yang teruja melihat matawang yang dipamerkan dan rata-rata menanyakan, adakah matawang ini bernilai tinggi.Saya memberitahu nilainya adalah kepada penyimpan/peminat/pengumpul matawang itu sendiri.


Walaupun kehadiran saya di sana bukan berasaskan keuntungan,namun saya berpuashati kerana dapat  berkongsi sedikit pengetahuan tentang matawang yang pernah berlegar di Persekutuan Tanah Melayu, Malaya, Borneo, Brunei, Singapura dan seterusnya negara kita yang tercinta Malaysia.

Monday, June 25, 2012

Program Peminat Numismatik di Lembah Kelang



Mesti para pembaca tertanya-tanya apa itu "Monster Gathering Kedai Hantu Duit 2"
Kita mulakan dengan -Kedai Hantu Duit 2- adalah satu perkumpulan sosial peminat duit lama/duit peringatan dan apa sahaja yang berkaitan dengan bidang/hobi numismatik (matawang) di laman sosial Facebook.
Monster Gathering pula adalah program yang dirancang untuk menemukan ahli-ahli dan sesiapa sahaja yang meminati cabang hobi tersebut.Kerana sebelum ini (hantu-hantu duit) hanya berinteraksi di laman sosial sahaja.
Kepada mereka yang ingin menyertai acara ini bolehlah berhubung dengan Pentadbir dan wakil pentadbir iaitu Shah Adun (019-9452444) ,Fandy Rose (09-2778112) ,Pendekar Jawa Junior (017-2824201) dan Simerah Selanggar (012-5496089) untuk keterangan lanjut

N/B: untuk makluman,tempat perjumpaan boleh berubah mengikut jumlah penyertaan.sekian terima kasih 

Tuesday, June 19, 2012

Jalan Mahkota (Wall Street) Kuantan

 Permandangan di Jalan Mahkota sekitar 60-70 an

 Aktiviti jual beli di luar pasar Jalan Mahkota
Basikal menjadi pengangkutan yang popular pada waktu itu.Ada juga yang tidak mampu memilikinya.Al-maklumlah,taraf hidup kita berbeza-beza

 Pelanggan bersesak-sesak mencari barang keperluan
(siapa la tambi (adik) tu-sekarang ni kalau dia masih ada dah bertaraf otai-he he he

Tapak pasar tersebut kini menjadi pusat perdagangan yang dikenali sebagai Mahkota Square.

Dulu dikenali sebagai Wall Street semasa pentadbiran British
Bangunan yang berwarna coklat di hujung jalan belah kanan adalah Mahkota Square 

N/B: Bertentangan dengan Mahkota Square tersebut adalah tapak pasar lambak (flea market Taman Kerang)-kini masih wujud,ASTAKA(medan selera)-sudah bertukar menjadi tempat letak kereta,Padang MPK dan Masjid Besar Kuantan.Cerita dan gambar mengenai akan menyusul pada kisah akan datang...

Friday, June 15, 2012

Thursday, June 14, 2012

Toy sewing machine

RM 300

P/S :made in France.New old stock.(NOS).Circa 1960.Battery operate.Never test.Kindly call or sms to 019-6199045.

Tuesday, June 12, 2012

Suasana di Garage Sale@Anggerik Mall@10/06/2012

 Minat dan gaya yang berbeza

 Pengunjung melihat barang2 yang diniagakan

Tapak ibu-ibu (Pinggan mangkuk lama-PML)


 Tapak Kelab Warisan Numismatik (matawang)

 Tapak bagi pengumpulan air Soda dan barang2 ikonik


Tapak warisan antik-kenangan dahulu menggamit memori

Di sini ianya bermula

N/B: Dengan adanya golongan pengumpul barang2 ikonik/ lama/antik.Sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan barang2 lama daripada dibuang/dilupuskan dll.Jika keadaaan yang disebutkan tadi berlaku,maka bukti fizikal tentang kewujudannya akan lenyap ditelan zaman.Hanya gambar dan cerita lisan (jika ada) menjadi   bukti dan rujukan generasi masa kini dan akan datang. Ianya bukan sekadar hobi tetapi sebagai usaha mengekalkan peninggalan nenek moyang kita sebagai warisan zaman berzaman.

-hanya jauhari mengenal manikam
-yang kurik itu kundi,
 yang merah itu saga,
 yang baik itu budi,
 yang indah itu bahasa.

Tuesday, June 5, 2012

Aktiviti Kelab Warisan Numismatik di Kuantan



Diantara koleksi yang dipamerkan untuk jualan pada hari tersebut


Saya bersama dengan salah seorang AJK Kelab Warisan Numismatik En.Silmon Loo.Beliau juga mempunyai perniagaan Antik yang terletak di Jalan Wong Ah Jang Kuantan.Beliau juga sahabat Kelab barang lama (KEBAL) Facebook yang memakai gelaran (Silmon Loo).Saya pernah membuat cerita mengenainya di Kedai Antik Kuantan


Pada 02/06/-03/06/2012 Kelab Warisan Numismatik daerah Kuantan telah menyertai Karnival mempromosikan Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan berlangsung pada bulan Julai (7) ini.Pelbagai barangan dipromosikan kepada pengunjung. Kedatangan pengunjung ke Teluk Chempedak pada hari tersebut amat menggalakkan kerana musim cuti sekolah. 
Kami mengambil peluang untuk memperkenalkan Kelab Warisan Numismatik kepada orang ramai serta membuat pameran dan jualan matawang lama dan barang-barang lama/antik.
Rata-rata pengunjung amat berpuashati kerana dapat melihat warisan yang dipamerkan oleh kami dan mencetuskan minat generasi baru untuk menghargai barang-barang lama.
Hobi mengumpul duit-duit lama kini bukan sekadar hobi tetapi boleh menjadi perlaburan pada masa depan dengan bimbingan mereka yang lebih arif dalam bidang numismatik.
Kami amat berterima kasaih kepada Presiden Kelab Warisan Numismatik Dato'Sharuddin yang memberi galakan dalam memgembangkan aktiviti Numismatik yang telah dimulainya di daerah Kuantan dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.Dato Presiden juga mempunyai blog yang mempamerkan koleksi beliau yang tersendiri  di Galeri Sha Banknotes
Borang keahlian kelab boleh di dapati di kedai antik kuantan bagi sesiapa yang berada di sekitar kuantan, berjumpa saya setiap Ahad di Garage Sale Anggerik Mall Shah Alam /sekitar KL atau  melayari blog Dato' Presiden di atas untuk keterangan lanjut.
Aktiviti Kelab Warisan akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan bimbingan dan sokongan orang ramai.Insya'Allah

Friday, June 1, 2012

AKTIVITI PADA 02/06/2012



As-salam... kepada sahabat-sahabat yg berada di sekitar kuantan sabtu n i( 2 jun 2012), jemput datang ke gerai jualan di Teluk Chempedak. pelbagai barangan ada  dijual termasuk pameran dan jualan duit-duit  lama & barang2 antik/lama. program bermula dari jam 10 pagi hingga ke  petang. moh kita ke sana beramai-ramai bagi memeriahkan suasana....